CLICK HERE

Friday, May 6, 2011

kepentingan folik asid untuk yang ingin mengandung

as salam.

Arini sy nak share pasal kepentingan folic acid bagi yang ingin preggy. sharing is caring right. :) Info-info nie sy dapat dr pembacaan kat tenet gak. Sebulan lebih gak la sy dok godek2 blog orang, forum dan rencana pasal folic acid ni. hihi. ye! sy memang terlebih excited untuk berusaha mendapatkan cahaya mata but tade la sampai tahap nak buat IUI ke sebagainya. Just try buat secara semulajadi je. wakaka. :)

Seperti yang kita sedia tahu. **tapi sy baru tahu! wahaha. asid folik atau dalam bahasa inggerisnye folic acid merupakan kumpulan dalam vitamin B dimana ia berfungsi sebagai agen dalam pertumbuhan dan pembinaan sel-sel didalam tubuh manusia.

Bagi wanita seperti saya yang merancang preggy kita disyorkan untuk mengambil dalam kuantiti 400mcg atau 0.4mg folic acid per day. Seelok2nya after makan la. Sy biasenya ambil folic acid nie after breakfast. Tapi saya amek yang 5mg tu. Folic acid yg 400mcg susah sgt nak dapat dekat farmasi sebelah rumah sy tu dats y la sy beli je yg 5mg tu. **wee..sy mmg pemalas nak menapak ke farmasi lain. hee Dari pembacaan sy, folic acid boleh amek dalam kuantiti yang lebih 400mcg sebab apabila berlebihan ia dikumuhkan melalui air kencing and tade side effect. So, dont worry if amek terlebih dari kuantiti yg disyorkan like i do! :)

Menurut kajian yang dijalankan kepentingan folic acid ni dapat membantu pembentukan saraf dan otak bayi semasa bayi tersebut berada didalam kandungan ibu, sebelum dan semasa wanita itu preggy. So bagi yang merancang untuk preggy disyorkan mengambil acid folic 2 atau 3 bulan sebelum mengandung. Sy ada juga terbaca if yang blm kawen pon boleh makan as a supplement untuk diri sendiri juga.

Ini yang paling penting, sebenarnya acid folic ini mampu mengelakkan janin atau bayi mereka dari terkene simpton kecacatan bayi yang dipanggil 'NEURAL TUBE DEFECT atau NTD'. NTD biasanya terjadi 3-4 minggu selepas persenyawaan yang mana sebelum kita tahu bahawa kita sedang hamil sebab itulah perempuan perancangan untuk preggy harus mengambil 400mcg asid folat 3 bulan sebelum konsepsi. Sape2 nak tahu dengan lebih lanjut tentang penyakit ini boleh la google ye. Sy tak sanggup nak letak gambar bayi yang hidap menyakit ni kat entry sy ni. Sungguh tragis. huhu. Kepada bakal ibu2 tolong alert pasal vitamin ini. Prevention is better than cure.

Selain itu, **eceh ayat cam wat esei. muahaha. Acid folic juga dapat membantu mencegah kecacatan pada bayi dalam lingkungan sebanyak 50 ke 70%  kemungkinan dari ianya berlaku. Tetapi para saintis bagaimanapun tidak pasti bagaimana folic acid dapat membantu dalam pencegahan kecacatan kandungan namun yang penting adalah saintis pasti folic acid membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tukang belakang, organ, kulit dan tulang bayi. Sy juga dapat info dari pengalaman orang yang pernah mengamalkan makan acid folic sebelum dan semasa preggy yang acid folic ni juga menjadikan kulit bayi yang lahir nampak gebu cantik dan seangkatan dengannya la. Sape tanak anak yg lahir nampak gebu2 gitu kan? :)

kredit to mr google! ;p

Dats y la kita d galakkan mengambil acid folic before preggy. Kebanyakkan dari kita akan dapat mengetahui kita preggy setelah hampir berakhirnya fasa pertama. Sebenarnya pembentukan jantung, otak dan tulang belakang terjadi masa minggu ke-4. For sure time ni kita tak tahu yang kita preggy ke x kan. Ok! untuk sape2 yang nak tengok atau ingin mengetahui fasa perkembangan janin dalam rahim ibu bleh la klik disini.

Acid folic juga kita boleh jumpa dalam sumber makanan harian kita seperti daging lembu, barli, ragi dalam tapai, beras perang, keju, ayam, sayuran hijau spt brokoli, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, bijirin dan dalam buah yang paling femes time bulan ramadhan, buah kurma! :)

So ape tunggu lagi. Jangan segan jangan malu jomla kita same2 telan acid folid nie. Sape2 yang takut nak ambil dalam bentuk pil bleh la amek makan yang ade sumber acid folic seperti yang saya senaraikan di atas. i know la ade sesetengah sangat fobia dengan ubat. hihi. Sy pon dah amek acid folic nie lebih kurang sebulan lebih. Jangan risau ianya tade rase pahit cam ubat lain. Bg sy ia macam tade rase! haha.



Notakakihazila: Dari pembacaan sy, ramai yang syorkan beli acid folic brand appeton yang 400mcg tu. bukan 400mg ye. haha. Kod produk 'appeton essentials folic acid' dan harga dia dalam rm29.90 per kotak for 1 month. berbaloi la kan. ape ade hal untuk kebaikan kita dan anak kita gak. :)


kredit to mr google! ;p


10 comments:

  1. hye sis....sy terbaca blog sis ms sdg serve maklumat pasal preggy nh...actually mira pn dan 2mnth ambik asid folik nh,bru 8 month married,before kwen mira dng husbnd ada bncg pasl ank,kitaorg nk take time dlu,but after married tgk kwn2 yg dah kawen ps mira pn dh preggy ,teringin plk...but apa pn mira n hubby terima dgn hati terbuka aja..ada rezeki ,alhamdullah >>> hehehe

    ReplyDelete
  2. hye dear... aceli i br bli folic asid neh smlm.. membe i swuh try.. mule2 mcm takot la nk mkn ubat2 neh.. hehe.. so,i google la psl folic acid neh,, then bile da bace blog u,br lah xwas2 nk mkn.. tq so much.. ;)

    ReplyDelete
  3. dear...i ada tag u kt new entry...check it out :)

    http://fatinaimie88.blogspot.com/2013/03/vitamin-pemakanan-semasa-mengandung.html

    ReplyDelete
  4. maklumat yang sgt berguna.. TQ :-)

    ReplyDelete
  5. waktu yang sesuai nak makan asid folic ni bile ye...selepas sarapan pagi ke sebelum sarapan ataupun sebelah malam

    ReplyDelete
  6. alamak,dh terbeli yg 5mg asid folik...mcm mane ekkkk????ade kesan sampingan x???? baru nk stat plan tuk pregy....

    ReplyDelete
  7. sy pn skrg amik asik folik tp selalu je skip2..lupa..hehehe

    ReplyDelete
  8. hai sis, info yang menarik.. btw, saya ahli Shaklee dan saya consume Vit B complex with folic acid, which is 2 in 1..hehe.. klu sis berminat nk try.. leh bgtau saya, kerana vitamin B complex Shaklee mngandungi 120 biji pada harga RM50 dan boleh tahan untuk 4 bulan. Lagi jimat berbanding appeton. Jika sis minat, boleh hubungi saya, Fatin- 013-6905937 | 017-7443459. Thanks semua (:

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah masih mngamalkan acid folic aopeton ni...

    ReplyDelete