Assalamualaikum..
wahh. dah bersarang dah blog ni. mood kemalasan makin menjadi jadi. hihi. ekceli, malas nak update blog sebenarnye sebab ingat nak update bila usaha
Dah la dekat seminggu dah rase macam nak period tapi tak period-period gak. Perut rasa krem2 gitu kaki lenguh lenguh tapi mood saya ookey! tade marah2 orang. kira mood baiklah tu. eceh. kekeke. Lagi pon sakit die kejap2 tak macam sakit sengugut yang memang sakit buat tu tak kene buat ni tak kene. Nak duduk sakit nak baring sakit nak jalan jalan pon sakit gak nak bediri lagi la sakit. Yang ni die rase sakit kejap kejap je pastu ok pastu rasa balik, lama lak tu. pelik pelik. huhu.
Sakit die bukan macam dalam gambar d atas ye. Krem die biase-biase je still boleh berlari melompat ke sana ke sini lagi. hehe. Still boleh senyum senyum lagi time cakap cakap boleh buat keje lagi. Tapi kenapa eh peyed tak muncul muncul aiishh pelik gak nie. Jangan lerr penyakit lain datang. Takut nak g jumpe doktor sebenarnye ni. Bukan takut tengok muke dokter tapi takut ade penyakit lain. huhu.
yeah! yeah! saya masih boleh aktif lagi. hehe! oh peyed cepatlah dikau keluar..aku sudah pasrah! hahaha. malas dah nak pk conceive conceive. eceh mudah sangat la putus asa awak ni hazila baru 3 bulan try orang lain bertahun tahun try rilek je. ;p baru saya tahu bukan mudah nak dapat anak. huhu. Kagum betul saya dengan kawan2 yang dah pregnant! tahniahhh! yang dah dapat anak pon tahniah jugakk! saya kagum melihat anda! sesungguhnya anda insan yang terpilih untuk merasai pengalaman yang diidam-idamkan oleh semua wanita yang sempurna. eceh. hehehe!
Tapi yang menariknya dah sepuluh hari temperature saya tinggi dan costant like 36.4 & 36.3. Bagi saya dah tinggi la tu. Graf BBT saya paling tinggi 36.6 dan biasanya suhu saya setakat 35.8 ke 36.0 je. Graf lak macam berbukit bukit kejap naik kejap turun tapi tak penah lagi la tinggi and constant macam nie. huhu. Then, waktu saya amek bacaan lak purata lebih kurang pukul 6.15 pagi.
Ok malas nak pk banyak banyak. Makin di pk makin mengarut jadinya. Saya rasa saya patut teruskan monitor BBT saya and then makan folic acid ni. hihi. Dah nak dekat 3 bulan dah saya makan folic acid. tapi mesti ade ngelat lupe nak makan lebih lebih lagi kalau wekend. Lupe memanjang nak makan. Kalau kat ofis time rehat ingat lak nak makan. dushh! Tawakal jela pasni.. :))
InsyaALLAH..Allah akan memberikan rezeki kepada hamba hamba-Nya yang mampu memikul tanggungjawab. Hope saya adelah salah seorang hamba-Nya yang terpilih. ((: Nak sangat dapat baby tahun depan. Saya rasa saya dah ready mental & fizikal tetapi Allah Maha Mengetahui. ((: Redha! Teruskan usaha anda hazila..anda mampu melakukannya! wahahaha. ;p
p/s: Sape sape yang terbaca blog ni tolong doakan saya di permudahkan rezeki ini. Sememangnya saya dan suami sangat-sangat mengharapkan zuriat kami. ((;
No comments:
Post a Comment