CLICK HERE

Thursday, September 22, 2011

makanan untuk kecutkan cyst

Assalamualaikum

Bermula semalam menu harian saya akan berubah sama sekali. Nekad dah ni. haha. Dah xleh nak kawal stress kita kawal menu harian lak. hihi. Mampukah??? Mampuuuuuuuu...ecewahh ;p

Semua menu saya berasaskan peria. Nasi berulam peria + air akar peria. hahaha! Chaiyokkkk hazila..u can do it. Saya dah tahu semua ini dah terlambat tapi saya usahakan jugak makan sume ni untuk menghalang kadar pembesaran cyst saya itu. hihi. Tak dapat cure pon tak pelah memang saya dah tawakal dah untuk operate tapi saya tanak dia pecah sebelum operate. Tu je. :)


Peria ni yang mama pos dari kampung. Cantik aje buahnya. Segar dan ranggup tak pahit sangat. Sempat kot ni untuk seminggu. hehe. Lepas ni terpaksa la buat menu peria celup tepung la, peria goreng berlada la sume peria la. Tapi nak lebih afdal makan peria mentah mentah macam saya buat ni. Hehe.

  
peria mentah buat ulam

bersama

sambal belacan

dan

ikan goreng kunyit

Dah itu je. Ok sebenarnya ni petua saya sendiri sebab saya sebenarnya tak boleh makan sambal belacan yang pedas tu. Saya belasah jugak sambal belacan bagi selera sket makan dengan peria tu. Memang tak blh pantang betul la saya ni kan hehe. Kalau ikot petua sebenar ketat lagi peraturan dia boleh makan nasi dengan sayur sawi/peria je. Yang lain tak leh makan.huhu. Saya baca kat blog akak nie. Kalau nak tahu lebih lanjut sila la baca kat blog dia eh.

Disebabkan kat kampung banyak pokok peria like peria besar la peria katak la maka saya pon suh mama saya cabut sekali haha. Sesuka hati je kan demi nak dapatkan air akar peria. Tak kisah la pokok peria tu akak mati ke ape ke kan. ;p Ramai yang cakap air akar peria mampu kecutkan/kecilkan cyst. So tak salah kan kita cuba. Again! saya tak mengharap pon saya dapat lari dari operate sebab saya tahu cyst saya dah kritikal untuk hilangkan cyst tu macam mustahil je selain operate. Saya makan sume ni untuk membantutkan pertumbuhan cyst saya. itu sahaja. Tapi kalau cyst yang kecil2 like 5 cm ke bawah might be berguna kot petua ni. 

Yang halus2 dan banyak tu akar peria besar then yang akar tunjang sihat2 dan sket tu akar peria katak.


 Akar peria liar

Campur semua sekali dan rebus la akar akar peria ni satu periuk. Ada jugak yang buat camni. Ambil sejemput akar peria then rendam dalam segelas air suam selama 10 minit pastu minum. Tapi saya prefer rebus kot. Ynag rendam tu macam kurang berkesan je. hehe. Saya tak try minum lagi so tak tahu la pahit tu macam mane kan? Pagi esok kot saya try minum. InsyaAllah tak muntah :)

Herba maharani

Banyak testimonial herba nie mengatakan yang herba ni untuk bagus untuk kesuburan. So, saya tak berani nak makan takut 'lekat' before operate. Doc dah warning dah aritu..jangan 'lekat' eh sebelum operate sambil senyum senyum. wahaha! Banyak sungguh maksud doc tu. Dushh! Baik operate sebelum preggy sebab kalau dah preggy kene tunggu lepas trimester pertama baru boleh operate. Bayangkan la luka operate belum sembuh dah nak beranak lak. huhu. Tenat tenat. Makanya, saya hold dulu makan pil herba maharani. After operate baru bleh makan disamping untuk kesuburan saya ade juga baca herba ni pon boleh mempercepatkan penyembuhan luka. :) Nak tahu lebih lanjut baca kat sini. Saya beli ngan akak tu la. Baik je orangnya. Senang jual beli ngan dia. :)

Oh ye sekarang ni saya kene pantang makan makanan yang ade kadar estrogen tinggi sebab kadar hormon estrogen yang tinggi yang mengalakkan pembesaran cyst. Secara saintifiknya ovarian cyst ni berlaku apabila paras estrogen tinggi dalam badan menyebabkan luka pada ovari (hormone ni menggalakkan ovum keluar dari ovari) yang tak nak baik then semakin membesar dan membesar macam cyst saya ni. hihi. Bagi saya ni sume dugaan Allah. :)

So, bila dah jadi camni kita kene la kawal pemakanan kita tanak bagi macik cyst ni membesar bagai juara kan? Makanan yang harus dipantang oleh penghidap cyst ataupun orang yang tanak ada cyst. Kalau jadi juga cyst after pantang sume ni, anggap tu sume dugaan Allah k. Kita dah buat yang terbaik then Allah yang menentukan segakanya. :)

Makanan yang harus wajib dielakkan:
1.) Soya dan evening primrose. Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen. So, bila kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. Doc ade bagitahu saya yang sume wanita ade cyst cuma kecil atau besar, boleh hilang tak boleh hilang. Tu je. :)

evening primrose oil

**info yang baru saya tahu: minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak tu mendapat kanser. Then, mengikut kajian keatas pesakit kanser payudara plak, ramai antara mereka menggunakan evening primrose ni. Wallahualam.

**setiap produk ade kebaikan dan keburukannye kan. Tade produk sume baik je sume. So same same la kita fikirkan yang mana lebih baik untuk kita. :)

2.) Ayam!. Ye ayam. Ayam kan disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Kalau tak salah saya la kan ayam disuntik hormon estrogen. Tapi ayam kampung boleh makan kot. Takkan macik pacik kat kampung tu sanggup nak tangkap ayam kampung then suntik nak bagi cepat bertelur plak. haha. Say NO KFC NO MCD NO FASTFOOD! yeahhh! gituuuuu..Mampu ke? wahaha.

3.) Ikan keli yang dibela. Yang ni saya tak tahu la kenapa might be same case with ayam tu kot. Kena tangkap ikan keli dalam sawah la pasni kalau dah mengidam sangat nak makan ikan keli tu. phewww.

4.) KAWAL PEMAKANAN! *ni untuk diri sendiri!. Kolestrol juga adelah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adelah precursor kepada estrogen. Now, i know dari mana datangkan estrogen yang tinggi dalam badan. Before kawen 54/56kg after kawen 65/70kg! Nak salahkan laki ke? pangg! haha.


Dan semalam balik keje tengok kat gate rumah ade pamplet ni
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Terluka hati mak nak tengok pamplet ni. huhu. Dugaan dugaannnnnn. Time ni la plak dia nak baling2 pamplet ni kat rumah saya kan. Dushhh! Sabar jelaaaaaaaaaaaaa. No chicken no chicken! ;p


26 comments:

  1. betul ke peria boleh kecutkan cyst? termasuk org yang ada pcos ke ye? pas ni saya akan wajibkan peria mesti ada dalam menu masakan saya...peria pun sememangnya elok untuk awet muda kan...hehhehe...

    n kena diet sama...ni makan dah susah nak control...sebab tu sentiasa kena ada buah kat umah ni...

    thanks for the info about EPO...

    ReplyDelete
  2. Nia: InsyaAllah. Kalau amalkan selalu dan jage pemakanan. Selebihnya berserah kepada Allah yang Maha Kuasa. Kita usahakan yang mana boleh. welcome dear. :)

    ReplyDelete
  3. sabar ye zla.dugaan yg mngkin ada bahagia nanti.

    ReplyDelete
  4. betul tu.. epo tak boleh diambil berterusan.. ada org amik epo untuk kecantikkan... bila terlebih estrogen dalam badan leh bawak penyakit lain. Saya amik epo sebagai suppliment disebabkan hormon estrogen sy kurang (PCOS).. makan pun cuma start period hingga sebelum ovulasi berlaku saja..

    ReplyDelete
  5. weh, kecur siottt tengok sambal belacan.peh mcm sedapp, aku kat lab ni, tgh tunggu eksperimen, terus lapo makkkk! dah la exp lambat lg. kejammmmm la mung hazilaaa buat peria pun nmpak sedap!

    ReplyDelete
  6. Zati embong:
    Thanks ejat! hopefully.. :)

    Hikari:
    Tu la kan. Boleh amik tapi tak boleh amalkan.

    Littlewonder:
    memang sedap pon lah! haha. Hoih..mung dok kat lab je ke?siannnye. Pg la tapau kuih buat msk dlm lab tu. Letak dalam laci time org tade baru makan eh. haha. sila amalkan selalu petua yg aku kasi neh k. hihi.

    ReplyDelete
  7. Dear,

    kwn sy kata sumber kekacang mmg x elok mkn - taugeh, kacang hijau n merah.

    daging merah pun tak boleh makan ye - lembu, kambing, kerbau.

    tapi kalo kolagen mcm mana pulak ek?

    ReplyDelete
  8. Wslm. Sekarang alhamdulillah saya dah ok. Dah selamat di operate :)

    ReplyDelete
  9. slm.. sis.. saya pun baru di diagnose dgn cyst ni.. tp dr nmpak bintik kecik aje dan masa tu x kompom sgt.. sbb ade liquied dlm bdn.. so dr. tatau air saya minum/bladder... saya dah setaun sebulan kawen n now try to get preggie...mmm.. da saya pon tgh mkn GLA complex dr produk shaklee.. sbb katanya dapat kecutkan cyst. so mcm saya kena hold pegnant jugak ke? mm..

    ReplyDelete
  10. sis..u ade check tak lepas amalkan mkn peria tu ade pengurangan saiz cyst tak?...macam mana pengalaman operate cyst yer.. if can citer sikit2

    ReplyDelete
  11. Hanis B: Please mintak nasihat dari pakar O&G. Cyst ni banyak jenis..ade setengah bila pregnant die mengecut..ade setengah jenis die tak mengecut..macam sy dermoid cyst yg mmg x kan mengecut..huu

    Zai Ramli: Tak..sebab sy dermoid cyst..Die takkan mengecut dan perlu dibuang melalui operate..Awk bleh bace kat entry ni... http://nurhazila.blogspot.com/2011/12/pengalaman-pembedahan-teratoma-ovarian.html :)

    ReplyDelete
  12. as salam..bole jge mkn appricot seed..sye dh 2kli operation buang cyst dlm tempoh 2 thn ..lpsni nk ikut ckp doc mkn appricot seed..wpn pahit trpakse telan jge..xnk operation lg..uhuu

    ReplyDelete
  13. wow..pahit tu...tp sy pon mkn peria...mak sy buat sedap gila,...mkn mentah xpenah..peria ni pon klu org kurang susu leh mkn ni..

    ReplyDelete
  14. saya ada cyst. saya amalkan mkn GLA shaklee yg dihadiahkan olh seorang rakan. tp cyst saya semakin membesar dari 5.6cm kpd 8.2cm dlm tempoh sebulan. skrg sy dh stop. doc dh bg date utk saya operate 16 mac 2015 ni... rasa mcm masih ada harapan utk ihtiar tp sy x tau la nk mkn apa supaya sy tidak di operate. takut jugak nak kena operate ni.

    ReplyDelete
  15. Assalam.syg dpt taw ada csyt bln 10 taun lpas.mula dlu 7.99..skrg 6.33..tp lmbt mngecut..mmang elok ye sis peria ni.tkot nk oprit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. sorry lambat reply. Allah...lamenya sis ade sis. sy xblh nk ckp laa sis peria ni elok ke tak. sy ikhtiar je aritu..hurmmm..sis blh gugel pengalaman org.

      Delete
  16. salam..bole sy tau x berapa jam awk rebus akar peria tu..dan berapa banyak awk minum dlm sehari..plz reply ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. sorry lambat reply. saya rebus x ikot jam. saya rebus ikut sukatan. cth: saya rebus dgn 3 cwn air. agak2 dah 2 cwn air je yg tinggal dlm periuk tu blhlah ttp api. minum mcm minum air akar kayu. segelas.

      Delete
  17. terima kasih tips yg awk bg..skng sy xyah op dah..cyst sy dr 4.2cm mengecut ke 3.1cm..mmg sy ikut tips awk mkn peria tu..sy xmkn shaklee sbb cyst sy makin besar lepas sebulan sy mkn shaklee..pape pun tq awk..

    ReplyDelete
  18. Sy juga dh mkn shaklee tp tk de prubahan. Now dh amalkan pmknn sunnah termsuk buahan alami spt ni. Insyallah hrp ada prubahan aminn

    ReplyDelete
  19. Pengalaman saya makan peria hari2 sebelum lg 2 bulan nak operate... cyst sy 10cm pd sep2013, then saya usaha mkn peria katak or peria biasa. Buat jus sendiri. Peria + pisang + betik. Or goreng peria or ulam2an mkn dgn nasi. Alhamdulillah doc scan dah xde pd nov2013. X jadi operate. Insyaallah kita kena yakin. Cubalah!

    ReplyDelete
  20. Salam....
    saya ada cyst dan period tidak stabil.
    adakah org yg ade cyst ini mcm saya jugak?.
    jd sy ambil GLA.tpi bole menyebabkan cyst lebih besar jd ape patut saya buat

    ReplyDelete
  21. bulan 4 yg lepas , saya dh mnjlani pembedahan cyst . cyst saya jenis yg ada lemak tu . skrg saya mngalami simtop² cyst . haid saya sudah 2 bulan tidak datang . apa yang perlu saya lakukan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Period sy pon x teratur sis after operate. Lps bersalin baru period sy teratur. Doc ckp ape after operate aritu? Ade possibility utk ade blk? Mcm sy doc ckp possibility utk cyst tu ade, 5% je.

      Delete
  22. Baru lepas scan.. Doc soh refer gh utk operation... Takut nye rase.... Sempat ke sy nak amalkan petua2 sis smua sbb sy dh sakit perut lebih 2mggu...priod dtg sehari je.. Berketul2 pastu kering dh...

    ReplyDelete