CLICK HERE

Tuesday, October 18, 2011

Hope everything goes well

Assalamualaikum

Alhamdulillah daripada result ct scan dan blood test gynae sahkan saya mengidap teratoma cyst atau dipanggil juga dengan nama dermoid cyst. Ujian pap smear menunjukkan sume normal sahaja. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah. :) Gynae saya tadi bukan gynae yang lama lagi tapi gynae yang baru pulak iaitu Assoc. Prof. Dr. Roszaman Ramli. Student medic UIA kenal kot diz person. Sangat lembut bercakap then sebijik2 dia terangkan kepada saya dan myrumet. Sangat2 baik. :) 


Sebenarnya cyst ni dah lama dah menjadi penghuni dalam badan saya just saya je yang tak perasan then size die bukan yang cepat membesar. Hari tu nampak besar dari first scan sebab kedudukan dia berubah2 sebab dia bukan solid, dia adelah liquid. So, blh bayang x kalau belon berisi air letak dalam bekas. Kejap2 bentuk ni kejap2 bentuk tu kan. Die tak tetap dats y size die tak tetap tapi memang besar la. Tadi gynae buat ultrasound kejap2 12cm x 7cm, then buat lagi jadi 14cm x 6cm lak. huhu.

Cyst ni menghuni di ovari belah kiri saya. Ovari belah kanan saya sihat walafiat lagi. Alhamdulillah. Gynae ckp ovari belah kiri saya masih boleh diselamatkan lagi. Dia just sedut keluar isi dlm cara laser gitu. Saya pon kurang paham sangat ape yg dia terangkan tadi. haha. Maen ckp 'oh gitu oh gitu ok' haha. Padahal tak paham pon aksi paham je lebih. :D

Cyst saya ni jenis tak merbahaya (benign) dan hanya satu cyst sahaja yang wujud. Kalau saya tak buat ultrasound tempoh hari mesti saya tak tahu cyst ni ade dalam badan saya sebab sebarang simpton pon tade. Saya oke je. Dan gynae ckp saya bernasib baik juga sebab saya sedar cyst ni sebelum pecah. Alhamdulillah. Allah masih sayangkan saya. :)

Insya Allah gynae cakap peluang untuk saya pregnant besar sebab daripada result ct scan  saya tade masalah sakit puan yang lain selain dermoid cyst ni. Tetapi daripada result ct scan ni gynae tak pasti plak tiub fallopio saya oke ke tak so dia suggest masa operate tu check tiub fallopio sekali untuk pastikan tiub fallopio saya tade masalah untuk memudahkan saya pregnant. :)

Berita paling dinantika nantikan..Saya kena menyerah diri admit kat wad pada 30hb nov 2011 pada pukul 9 pagi. Dan 2hb dec 2011 saya akan di operate. Saya akan menjalani laparoscopic cystectomy surgery. Korang boleh baca pasal pembedahan laparoscopic kat sini. Senang sket saya tayah terangkan panjang2. hihi. *penyakit malas sudah mariiiiiiiii. kekeke. Oke, manakala cystectomy plak teknik mengeluarkan ovarian cyst tanpa mencederakan ovari. Ini bermakna hanya ketumbuhan cyst sahaja yang dibuang dari ovari. Yang pasal ni saya baca kat sini.


Saya sangat bersyukur dengan result yang saya dapat hari ni. Hope everything goes well. :) Semoga Allah mempermudahkan segala urusan saya. Saya rasa rezeki saya sudah semakin dekat. InsyaAllah berkat doa suami, ibubapa, kawan2 semoga pembedahan ini berjaya. Doa kalian sume saya dahulukan dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga. :)

3 comments:

  1. hurmm...moga tade pape berlaku...insy....hani pon riso gak..tak cek2 pon kat doc......rasa gerun pulak even tu untuk kebaikan dari terus mengharapp je kannn

    ReplyDelete
  2. insyaAllah DIA akan tolong kita. btw, better hani pegi check, saya pon takut mula2 nk cek tp ntah mcm mane ter pg ter scan then find out dats problem. Hope hani ok2 aje cuma rezeki belum sampai. insyaAllah ade la tu rezeki hani. :)

    ReplyDelete
  3. dear,
    saya pun ada masalah cyst jugak.
    dah setahun lebih.
    belum berkahwin, umo 25.
    tapi cyst saya tu x besar la - 3cm x 3cm je.
    appointment setiap 3 bulan sekali utk monitor saiz.
    lately sakit balik, sbb termakan daging lembu kot ms rya aritu. takut giler and now berpantang la. makan byk sayur n ikan + ayam.

    ReplyDelete