CLICK HERE

Friday, November 2, 2012

Bukan mudah

Assalamualaikum

Now 1.26am. *.*

Malam masih muda :D

Mata still segar bugar o.O

Hai peeps! Hye owl! ;p

2 bulan saya jadi fulltime housewife.. Tidak kupinta untuk mengambil keputusan sedrastik ini tapi kutahu ketentuan dan takdir yang sudah ditentukan. :) Bukan mudah untuk melakukannya dan tidak mustahil untuk berlaku...

Saya rasa masih ramai isteri suka duduk kat rumah buat kerja rumah jaga anak..bila cukup bulan suami bagi nafkah. Mau tak mau???

Tapiiiiiiiiiiiii!!!

Itu bukan saya!

Bukan wang ringgit yang jadi ukuran. Memang terasa duit dalam bank tidak semeriah dulu. Memang terasa every month duit masuk tak sebanyak dulu. Tapi pendapatan suami mampu tanggung si isteri dan si isteri masih mampu beli ape yang die nak. Ape nak kisah.

Yang menjadi ukuran ialah jiwa dan perasaan! Seyesly..saya bukan orang yang boleh duduk rumah buat kerja rumah. Bukan jiwa saya! Saya suka hari2 saya mencabar..kesana kemari bawa file yang penuh dengan tanda tanya.. keluar masuk bilik meeting sambil bawak file yang dicampak kesana kemari.. hidup penuh dengan argument penuh dengan stress hahaha..

Bukan saya menyesal mengambil langkah seperti ini dalam hidup saya..Dan saya yakin rezeki saya bukan ditangan manusia tetapi ditangan Allah..Keputusan yang saya ambil ini setelah saya fikir masak-masak, fikir masa depan...dan fikir apa yang saya nak dalam hidup tapi...

Ramai yang kecewa dengan keputusan yang saya ambil tapi tidak untuk rumate saya. Saya tahu tahap kemampuan saya di mana dan saya tahu keburukan setiap chemicals yang saya handle. Sebut saje chemicals mesti orang tahu tahap bahaya bahan tersebut. Lagi-lagi jika personal protective equipment (PPE) dianggap remeh.

Saya tidak pernah sesekali mahu menoleh ke belakang untuk menukar bidang kerjaya tapi saya mahu menukar suasana kerjaya. Dunia bukan sempit untuk kita jelajah dan menerokai ape yang kita hendak. Bersabarlah wahai hati. 

Kerjaya boleh ditukar

Wang boleh dicari

Perasaan boleh diubati

Tetapi

Amanah dari Allah bukan semua dapat merasainya.

Bukan mudah

Untuk korbankan apa yang di sayang

Bukan mudah

Untuk padamkan impian sejak sekolah

Bukan mudah

Untuk hadapi pelbagai kata-kata yang keluar daripada mulut manusia

Dan tidak mustahil

Saya mampu hadapinya...Demi mu anak :)


5 comments:

  1. sama lah..
    aida pun baru je 9 bulan berenti kerja gov. perit sangat nak buat keputusan tu tapi nk buat mcmana.
    dah takdir,harung je lah.

    rezeki allah maha luas. cari je lah kat mana-mana..

    ReplyDelete
  2. haliza, takpe la bukan rezeki kat bidang tu...mmg xelok pun kan utk kesihatan...byk lagi bidang lain nnt pehni bole la usha2 keje lain...mudah-mudahan lepas ni haliza sihat dan mudah preggy...amin...

    ReplyDelete
  3. salam kenal~

    hurmm kalau kerjaya ade risiko, takpela..ade rezeki lagi di tempat2 lain :) mana tahu lpas ni ade rezeki , mngandung ke :)

    ReplyDelete
  4. Aida: Berhasil jugak Aida berhenti keje kan. Tak sia-sia pengorbanan aida. IAllah ade rezeki dapat keje lain nanti. :)

    Nia: Tahniah Nia! Saya baru tau awak pregnant! Tahniah2! Saya lama dah x jenguk blog awak.
    Nway, TQ! Amin! amin! amin! :)

    Suwaibah YS: Salam kenal.. TQ Suwaibah sudi melawat blog saya! Amin! :)

    ReplyDelete
  5. teman dulu pun macam tu .. nak berhenti rasa berat jea.. sebab dh lama keje kat situ.. arghh.. berat betul nk buat kptsn

    ReplyDelete