Assalamualaikum
Sape penah dengar name kopi ni? Saya hari ni baru first time dengar *hazila semua first time aje. haha ;p Ni pun mama saya beli then suh saya minum katanya orang yang jual tu cakap boleh kecutkan peranakan. So, cyst pon boleh jugak KOT! Ok fine, try tak salah kan tapi saya ni kalau benda baru saya gugel dulu nak tahu apekebenda la tu kan.
After i know what kind of this product saya jadi hmmm hmmm grrr grrr. Sebab die produk MLM. Untuk pengetahuan semua saya ni alergik tahap kronik dengan MLM ni. Sume boleh katanya janji semanis gula tapi bila kita dah amalkan kalau tak jadi alasan yang paling lapuk adelahh tak sesuai la ape la kan. Grrrrrrrrrrrr! Patutlah semua boleh ubat kan produk MLM rupanya. ;p
Dah mama saya dah terlanjur beli untuk anak kesayangan dia ni. *wahaha. ferasan lebih! makanya terpaksa la saya telan wopsst tapi tu kopi saya tak boleh minum kopi sebab ade migrain. haha. Alasan terbaik wok!! ;p Tengok la macam mana kalau hati saya tetap tertutup nak try may b saya pass je kat my rumet. hihi. *anak durhaka pangg!
Alang2 saya dah terlajak tergugel info pasal kopi ni meh la saya share kat sini apekah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kopi mahkota dewa 14 in 1 ni. woooowww! 14 in 1 ok. pe kelass kopi 3 in 1 kat hypermarket tu. hahaha.
kopi mahkota dewa yang d perkatakan itu. thanks mr gugel. hihi. ;p
PENGENALAN
Kopi Mahkota Dewa dicipta untuk penggemar kopi yang ingin memiliki yang terbaik di dalam kehidupan. Diadun dengan biji kopi Arabica Mendahling dan ekstrak Mahkota Dewa serta 10 herba pilihan yang terbaik dan berkhasiat.
SEJARAH
Pohon Mahkota Dewa ( Phaleria Macrocarpa ) berasal dari hutan belantara di Papua New Guinea dan jika tanahnya subur ketinggiannya boleh mencapai hingga 5 meter. Buahnya berwarna merah menyala seperti epal dan boleh berbuah sepanjang tahun jika tidak diganggu oleh pencemaran aktiviti manusia.
Sudah berkurun khasiat Mahkota Dewa menjadi rahsia istana Kesultanan Kepulauan Jawa. Sejak diketahui umum, Mahkota Dewa kini digunakan secara meluas dalam perubatan alternative untuk pelbagai penyakit di Indonesia.
KANDUNGAN
Krimer bukan tenusu, kopi, gula, ekstrak herba Mahkota Dewa, Lempoyang, Temulawak, Goji, Jerangau, Kayu Manis, Halia, Buah Pala, Kulit Manggis, Mengkudu dan Ginseng.
KHASIAT
Mahkota Dewa ( Phaleria Macrocarpa ) dan 10 herba pilihan.
Mahkota Dewa ( Phaleria Macrocarpa ) dan 10 herba pilihan.
Kajian saintifik menunjukkan khasiat Kopi Mahkota Dewa mempunyai pelbagai bahan bioaktif yang berfungsi bagi mencegah berbagai penyakit antaranya kanser, penyakit jantung, hepatitis, diabetis, kolestrol tinggi, melancarkan perjalanan darah, lenguh-lenguh sendi, penyakit hati, mengurangkan berat badan, mengurangkan kadar gula dalam darah dan menambah tenaga kelelakian.
Ok itu saje hasil gugel saya. Sape ade pengalaman yang menakjubkan selepas minum kopi ni bleh d utarakan pengalaman anda itu di laman komen entry saya ni. ecewahhh! ;p Again, sebab die produk MLM saya terpaksa pk dop ploh kali nak try ke tak like PB tu. Saya lebih relaaa beli kasut sukan petang2 jogging dari menyeksakan badan pakai korset yang ketat itu atleast selama 8 jam sehari dan melekit aje bila berpeluh dan juga duit itu lebih baik saya buat jamuan makan dekat opis sume kenyang saya dapat pahala. Tak gitu? wahaha. *abes la pasni kene serang ngan orang2 PB itu. ;p
Dont ask me why saya ni anti sangat dengan produk MLM. hahaha. Kawan saya sendiri yang tak penah2 nak amek tahu pasal saya then after lost contact selama 4 tahun, dia call cakap nak datang jumpa saya di kuantan sedangkan dia d KL semata mata nak jual produk MLM nya. Yang lebih teruja nye everyday ok msg tanya bila free nak datang sampaila saya fed up.wahhh! kagummms. Sanggup tu korang. Blh pk tak berapa keuntungan yang die dapat sampai sanggup berkorban macam tu sekali. vavava!
Ye, saya tak nafikan produk MLM ade yang berkesan yang berjaya tapi adekah kita terfikir brape % plak yang gagal. Tak salah nak cuba like kopi mahkota dewa ni just rm28/box. Sekotak ade 20 sachet. Ok la tu kan tadelah mencekik darah like produk MLM lain kan. hihi. Tapi saya lebih suke madu. Walaupon die manis die tetap penawar. Pembetulan! bukan sume ubat itu pahit ok.;p Khasiat madu lebah telah disebutkan di dalam al-quran. :)
Surat An Nahl ayat 68-69 di mana Allah berfirman:
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”
antara salah satu minuman yang dimuliakan dalam agama islam
"Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan dan hanya orang yang mati tahu nikmat kehidupan"
No comments:
Post a Comment