CLICK HERE

Sunday, May 8, 2011

Amalan untuk mendapatkan zuriat yang soleh dan solehah

Assalamualaikum w.b.t

Arini saya nak share info tentang amalan yang patut dan tak patut kita lakukan semasa dalam proses penghasilan zuriat kita. *wah! ayat cam cikgu sekolah. haha. belasahh ajela. Sebagai seorang muslim, setiap apa yang kita hendak lakukan mestilah ade panduan untuk diikuti bagi kesejahteraan masa hadapan. Ibubapa mana tak nak tengok anak dia menjadi seorang yang soleh atau solehah kan besar nanti? Jadi, dalam islam telah mengariskan amalan-amalan seperti dibawah ini untuk kita jadikan panduan dalam menghasilka zuriat yang soleh dan solehah. :)




AMALAN MENDAPATKAN ZURIAT
  1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli yang berwarna hitam setiap awal pagikhas untuk suami
  2. Buat senaman batin tiap2 kali bangun dari tido waktu pagi-khas untuk suami
  3. Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid.. insyallaah.. jika diamalkan berhasil
  4. Doa Nabi Zakaria
  5. Membaca surah Al-Waqiah selepas subuh.
  6. Selepas maghrib amalkan surah AlMulk (kekuasaan Allah).
  7. Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.

DIET PEMAKANAN
  1. Badam (almond) 5 Biji tiap hari
  2. Buah Delima
  3. Buah Zaitun
  4. Buah Kurma
  5. Jauhkan /pantang makan benda2 masam, nanas, minuman bergas pendek kata benda yang berasid, jangan makan seafood, boleh ambil spirulina everyday, makan sayur & buahan. Suami perlu banyak makan berasid macam daging, ayam etc.
  6. Jangan minum air kelapa


CARA SENAMAN BATIN
  1. Duduk bersila badan tegak
  2. Selepas itu luruskan kaki kanan kedepan
  3. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan,tangan kiri pula pegang lutut kiri..tarik nafas dalam2(slow)
  4. Setelah nafas penuh didada..bawa tgn kiri tadi kesebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jgn lepaskan nafas,tahan selama 7 saat) atau ikut kemampuan.
  5. Ulangi perkara diatas dgn kaki kiri plak
  6. Buat 3x /7x setiap kali lepas sembahyang subuh..jika betul caranya...peluh akan keluar walaupun baru buat 3x..(3x kiri..3x kanan)

MASA BERJIMAK
Sabda Rasullah s. a. w. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a. s" .

  1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis
  2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah
  3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan
  4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya
  5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta - minta. 
  6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia
  7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas
  8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq
  9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim
  10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, sunglap dan menghendaki dunia daripada akhirat

CARA BERJIMAK YANG DITUNTUT OLEH ISLAM
  1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s. w. t 
  2. Pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkanya (turun bala ) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba. 
  3. Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana dikalangan yg bijaksana atau org alim dikalangan orang alim. 
  4. Sewaktu matahari ditengah langit. Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s. w. t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia. 
  5. Pada malam Jumaat .Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah. 
  6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim. 
  7. Malam Jumaat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka
  8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya .



Doa ketika berjimak:


" Ya Allah Ya Tuhanku! Jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkan syaitan dari rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami" -Hadis Riwayat Al Bukhari dan Muslim 



Notakakihazila: tepuk dada tanya lah iman. :) Yang paling penting, jangan main terjah je ye. Bukan senang nak hasilkan zuriat yang soleh mahupun solehah. Semuaya bermula dari titisan air mani sehingga lah terbentuknya manusia. Same2 lah kita berusaha untuk mendapatkan yang terbaik. :)

1 comment:

  1. assalamual'alaikum sobat, disni ana temukan banyak ilmu yg bermanfaat, minta ijin untuk menyimak dan mengamalkannya, trims salam.

    ReplyDelete