CLICK HERE

Friday, May 6, 2011

Kaedah BBT

Assalamualaikum w.b.t

BBT bermaksud Body Basal Temperature atau bahasa melayu nye Suhu Badan AsasSalah satunya cara untuk mengetahui waktu subur ialah melalui catatan suhu badan asas a atau BBT. Tujuan carta BBT ialah untuk mengetahui bila ovulasi akan berlaku. Ia sangat berguna kepada mereka yang try to conceive (TTC), mengelak dari hamil atau untuk mereka yang cuba memahami fisiologi badan mereka. BBT lebih senang diukur dengan termometer yang khas untuk mengukur BBT ini.


Banyak thermometer untuk mengukur suhu badan ni jual kat farmasi. Tapi saya lebih prefer thermometer OMRON yang saya beli kat Guardian. Thermometer ni mahal dari thermometer biasa sebab ianya memang khas untuk mengukur BBT, mempunyai dua decimal point, boleh tukar sesuka hati daripada unit celcius ke fahrenheit dan sebaliknya. 


Kadang2 badan kita mengalami perubahan suhu yang amat sedikit like 0.01 jadi dengan menggunakan thermomer yang ade 2 decimal point nie senang untuk kita tengok perubahan suhu. Contoh suhu badan saya untuk 3 hari berturut2 adelah 36.04, 36.07, 36.03. Haa nampak tak perubahan suhu kat situ? Tapi jika kita guna thermometer biasa die akan detect 36.0 untuk 3 hari yang berturut2 walaupun ade sedikit perubahan suhu. :) 


Then, kenapa pertukaran unit nie penting sebab BBT chart ni kadang2 dalam unit celcius kadang2 dalam unit fahrenheit. Jadi dengan adenya thermometer 2 unit nie kita tak perlu la bersusah payah convert unit. senang kan? tapi sampai skang saya tak pandai nak maen tukar2 unit guna thermometer ni sebab takut kalo bertukar ke fahrenheit susah lak nak tukar ke celcius. Haha. Oh ye! graf BBT saya dalam unit celcius ye. hihi. kalo suke BBT chart dalam bentuk fahrenheit leh klik disini.


Digital Basal Thermometer OMRON  harga RM57.90 kat Guardian

Bagaimana cara untuk menggunakan termometer ni?
Tekan butang ON atas thermometer nie smpai die bunyi 'beep' sekali. Pastu bila dia displayed suhu 37 celcius dan  apabila semua simbol keluar dekat die punye skrin. eh skrin ke? belasah jela janji paham. haha. Letakkan thermometer yang sebelah hujung yang runcing yang kaler silver tu di bawah lidah didalam mulut selama lebih kurang 60saat atau 1minit pastu amek bacaan. Salah satu kelebihan untuk thermometer omron nie sebab after die amek reading atau after 60sec die akan bunyi 'beep' sebanyak tiga kali. Tu maksudnya kita dah bleh kuarkan dari mulut dan dah bleh amek bacaan. :) 

Bila waktu yang sesuai untuk ambil suhu asas badan ni?
Waktu yang paling ideal atau terbaik untuk ambil suhu asas badan ini adalah sebaik sahaja bangun tido sebelum bangun dari katil iaitu sebelum melakukan apa-apa aktiviti termasuklah gosok gigi. wahaha. kata nak tepat kan. terpaksa dude! haha;p kalo dah geli sangat letak dalam mulut tanpa gosok gigi dlu maka letak lah bawah ketiak. hihi. 

macam mane nak baca BBT chart?


Berdasarkan pada graf menstruasi cycle ni kita mestilah amek bacaan suhu asas badan bermula pada hari pertama period bukan hari pertama selepas period. Sebab hari pertama period adalah hari permulaan cycle atau bahasa pasarnya hari dimana telur dalam ovari matang. Jadi, catatkan suhu setiap hari bermula dari hari pertama period dan beri perhatian pada pertengahan bulan **bulan period la bukan bulan dalam calendar sebab period bukan ikot calendar. Sebelum ovulasi, suhu badan biasa selalunya berada pada takat 36.2-36.4 darjah celsius. Selepas ovulasi, akan terdapat kenaikan sekurang-kurangnya 0.25 darjah celsius. Selalunya ia berada pada tahap 36.6 darjah celsius. Sekiranya kenaikkan ini berkekalan selama 3 hari berturut-turut, bolehlah dianggapkan yang ovulasi sudah berlaku.

Selain daripada mengukur suhu asas badan ini, kita juga boleh pastikan betul2 berada pada fasa ovulasi adelah dengan melihat appearance cecair mukosa atau dalam bahasa melayunye lendir di bahagian faraj yang mane berubah mengikut perubahan hormon. Method yang lain kita boleh pastikan suhu asas badan kita tengah mengalami ovulasi adelah dengan menguji tahap hormon LH menggunakan ovulation kit test. Bagaimana untuk menggunakan cara melihat cecair mukosa dan ovulation kit test. Next entry saya ceritakan ye. :) 

Contoh graf BBT adelah seperti di bawah:


Sebelum ovulasi suhu asas badan turun berturut2 dan selepas ovulasi naik mendadak. Jadi, waktu inilah dikira sebagai waktu subur. Jadi, kita mesti alert dengan perubahan suhu tersebut. 

Kita digalakkan mengadakan hubungan intim bersama suami selang 2 hari semasa ovulasi berlaku. Contoh daripada graf diatas, kita boleh mengadakan hubungan intim pada 14, 16, 18,20 **larat ke? haha. Hal ini kerana, ovum hanya dapat hidup selama 12 ke 24 jam sahaja manakala jangka hayat sperma normal dapat bertahan selama 48 ke 72 jam selepas ejakulasi. Daripada graf suhu asas badan ini juga kita dapat menentukan jantina bayi. Next entry ya! :)

Notakakihazila:  kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya. Usaha, tawakal dan redha dengan ketentuanNya. Semoga dengan usaha kita ini akan mendapat keberkatan dan dikurniakan zuriat yang dapat lagi menyerikan rumah tangga yang dibina. :) Selamat berTTC myself! haha ;p

4 comments:

  1. hi hazila!

    disebabkan post u ni la i pun sibuk2 nak cari basal thermometer ni. dekat2 3 minggu jugak la tunggu gaji masuk sebab nak beli benda ni! haha. so semalam i da berjaya beli thermometer tu. siap ajar cashier tu pulak *macam la pandai sangat. padahal baru 1st time ;p*

    jom kite jadi kawan ttc & BBT jugak! ;)

    ReplyDelete
  2. tQ nice info....bagi yang susah kira waktu subur mcm sy ni.

    ReplyDelete
  3. salam...sy pun ttc. sy ade bace kaedah body temperature ni paling tepat cuma disadvantage nye kite hanya akan tahu ovulation setelah suhu menaik semula. Tapi bagus jika kite monitor for 3 months utk tau trend body. InsyaAllah. Sama2 la kita berusaha.

    ReplyDelete