CLICK HERE

Wednesday, May 11, 2011

mengenalpasti fertile window bagi period yang tidak teratur

Assalamualaikum w.b.t

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid tetap tentu tiada masalah untuk determine fertile window sebab bagi wanita yang periodnye tetap 28 hari contohnya, fertile window ialah antara hari ke 10 atau hari ke 15 period cycle. So, dah blh judge la kan bila masa yang sesuai. hihi.


Tetapi, ada juga wanita yang mempunyai masalah period tak teratur. Kejap 26 hari kejap 31 hari kejap 28 hari. Haa..tu satu masalah yang agak rumit gak la untuk mengenalpasti bila fertile window ni. huhu.

Kita memang digalakkan eh bukan lagi digalakkan tapi memang wajib menanda d kalendar setiap kali waktu haid. Bermula dengan menyimpan rekod bertulis kitaran haid selam sekurang-kurangnya 8 bulan ke 12 bulan berturut-turut. Tandakan hari pertama darah haid keluar sebagai hari pertama bagi kitaran haid itu.


Cara-cara untuk mengenalpasti waktu subur jika period tak teratur:

  1. Daripada rekod kitaran haid yang kita catat selama sekurang-kurangnya 8 bulan berturut-turut, pilih yang terpendek kitarannya. Tolakkan 18 daripada hari kitaran haid terpendek dah ianya menjadi hari pertama bagi hari pertama kesuburan kita.
  2. Tolakkan 11 daripada hari kitaran haid yang terpanjang dan ianya menjadi hari terakhir kesuburan.

Contoh:

Bulan
Kitaran Period (Hari)
Feb
28
March
29
April
31  (Kitaran haid terpanjang)
Mei
29
Jun
30
July
26  (Kitaran haid terpendek)
Ogos
28
September
30
    
Jadi,

Untuk hari pertama kesuburan,

Kitaran haid terpendek (26hari) - 18 = 8

Untuk hari terakhir kesuburan,

Kitaran haid terpanjang (31) - 11 = 20

Maka,

Dalam contoh diatas, waktu subur wanita period tidak teratur ini adalah pada hari ke 8 hingga hari ke 20 setiap bulan.  



"Most of the important things in the world have been accomplished by people who have kept on trying when there seemed to be no hope at all."-- Dale Carnegie

3 comments:

  1. Hazila, pinjam ye post ni. Nak share kat kawan-kawan.

    :)

    ReplyDelete
  2. salam..terima kasih ye dgn maklumat ini.....sy sll ada masalah kitaran haid tidak teratur...nk tanya apekah relevannya pengiraan seperti pengiraan ari terpanjang tolak 11,dan ari terpendek tolak 18? terima kasih...

    ReplyDelete