CLICK HERE

Friday, August 12, 2011

PCOS

Assalamualaikum

Mungkin ramai dah tahu kot pasal PCOS ni. ehmm tapi saya baru tahu. Dari semalam dok bace2 artikel pasal PCOS neh. Menakutkan! Gejala PCOS ni ade dah pada saya iaitu period tak teratur. Start saya kawen, jarang la period saya teratur. Huhu. Masa anak dara dulu teratur je. tsk! Bila cakap2 ngn mak mertua *mak mertua saya bukan doc tp nurse. hihi. Dia cakap ala biasa la tu hormon lepas kawen tak stabil lagi. Tak payah la pk bukan2. Lagipon after saya kawen berat saya naik 10 kilo pastu maintain ok untuk 2 tahun lebih. hahaha! Pang! Diet ke tak ke tetap maintain berat tu. Tensionnn je kekadang. huhu.

Ok berbalik kepada PCOS ni.

Ape itu PCOS?
PCOS adelah singkatan kepada sindrom ovari polisistik ialah satu keadaan dimana hormon wanita tidak seimbang. Dan keadaan yang boleh menganggu sistem peranakan wanita diamana folikel-folikel yang terdapat didalam ovari tidak menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan telur untuk disenyawakan seterusnya membuatkan ia sukar hamil. 


Punca utama PCOS terjadi?
Biasanya PCOS berkait rapat dengan genetik atau keturunan. Ini bermakna jika mak kita atau sedara perempuan kita mengalami PCOS yang lain juga turut mengalami PCOS. Tapi bukan semua PCOS berpunca dari keturunan. Kalau dah Allah kata 'kun fayakun' maka terjadilah tanpa bersebab.  :)

Kaitan PCOS dengan kesuburan?
PCOS selalunya berpunca dari kalenjar pituitary lagi. Kalenjar pituitary yang terletak pada otak adalah kalenjar utama badan manusia yang memainkan peranan untuk mengawal rembesan hormone  kepada seluruh tubuh kita. Apabila berlaku ketidaknormalan kadar rembesan hormone LH and FSH dari pituitary folikel, folikel folikel yang terbentuk pada awal kitaran haid gagal matang yang menyebabkan telur tidak dilepaskan dan seterusnya ovulasi tidak berlaku. Disebabkan tiada ovulasi makan kadar rembesan hormone progesterone menjadi rendah dan tidak seimbang dengan tahap hormone lain dalam tubuh kita seperti  estrogen dan androgen.
Untuk pengetahuan semua, hormone progesterone ini adalah hormone yang penting bagi memastikan kitaran haid kita normal setiap bulan. Jadi, kalau dah abnormal tu susah la nak sket nak dapat zuriat kan. Sket je sebab rezeki itu ditangan Allah. :)

Gejala-gejala PCOS?
  • Jerawat 
  • Berat badan meningkat
  • Pertumbuhan bulu2 secara berlebihan pada badan dan muka
  • Gelap warna kulit pada disepanjang leher, ketiak, celah kangkang dan dibahagian dalam paha
  • Keguguran rambut
  • Gangguan haid/Haid tidak teratur. Biasanya kurang dari 9 kali setahun.
  • Tiada ovulasi
  • Mengalami pendarahan berlebihan ketika period
  • Susah hendak mengandung 
  • Tekanan
  • Kencing manis
Wah! Banyak juga gejala2 tersebut terkena kat saya. OMG! apekahh? huhu. Ok. Tamo pk sangat pasal PCOS ni. Belum sampai rezeki saya lagi. :) Kadang2 mindset kita sangat2 memainkan peranan. Kalau kita selalu pk positif insyaAllah hasilnya pasti positif. 

Fakta PCOS:
Nisbah pengidap PCOS adalah 1 dari 15 wanita.
Biasanya terjadi kepada golongan remaja yang aktif sistem reproduktif.

Bagaimana PCOS boleh diubati?
Sekiranya anda yakin dengan bahawa gejala2 diatas ada pada diri anda sila melawat doktor yang terdekat dengan anda untuk mengetahui penyakit ini dengan lebih lanjut. Segala penjelasan dengan lebih lanjut anda bolehlah mencari di enjin google. hihi.

Hari ni dah 9 hari period saya lewat. Lagi 5 hari untuk upt test. Hope ade rezeki di bulan yang mulia ni. :) Selagi tak period selagi tula ade harapan. hihi. :)

2 comments:

  1. insy....ade rzeki tu..doakan yang positif je taw..pastu doakan hani pulak..harini hari kedua cik p da sampai..mintak2 pas raya nanti..ade la rezeki hani...sbb baru je proses urut mengurut nih

    ReplyDelete
  2. ermm. tula. insyaAllah. ok. kita sama2 doa k mana la taw lepas raya nanti kita sama2 dapat bite gembira. :) wah! mengurut? bestnye mesti peluang makin cerah tu. hihi.

    ReplyDelete