CLICK HERE

Friday, September 9, 2011

ujian saya tidak sehebat dia

Assalamualaikum

Hari ini saya tergerak hati untuk melawat blog orang. hihi. Bukan tade keje kat ofis tapiii saya tade mood nak buat sebab first day period..so, mood malas menjadi-jadi la ditambah lagi dengan period pain yang sakit sakit ala kadar nie. alasan terbaik! ngee! Jadinya saya pon melayan la mood yang swing ni swing la sangat kan dengan mengaktifkan diri menjelajah ke blog orang. haha.

Dan tibe tibe saya terbaca blog ni. Perghh! hebat sangat dugaan yang Allah bagi kat dia. Kagum saya baca kisah hidup dia. Sangat sangat tabah! Perjuangan wanita yang memang saya kagumi. :) Barulah saya rasa pehh ujian aku ni sebesar mana je pon. Takyah nak kecoh2. hihi. Ok, setiap ujian yang Allah beri mesti ada hikmahnya kan. 

Si dia Allah uji sehebat2nya tapi Allah bagi hadiah yang tiada tandingannya, cahaya mata yang tidak pernah dia bayangkan sebelum ini. Dia dah redha hidup berdua tanpa anak tapi Allah Maha Kuasa, dia mampu melahirkan anak walaupon mempunyai pelbagai komplikasi. Allah itu Maha Mengetahui. Setiap hambanya di uji mengikut kemampuan dan kita kena yakin setiap ujian pasti ada hikmah di sebaliknya. Seyes, hati saya menangis masa baca kisah hidup dia. Terharu. T_T. 

Oh ye. Skrang saya susah sangat nak menangis keluarkan air mata selain time mengadap Allah tu memang asyik keluar air mata aje. Time doc gtaw saya ada penyakit cyst pon saya terkejut sahaja pastu lama lama baru air mata bergenang kat kelopak mata tu pon tak jatuh. Rumet saya tunggu je air mata nak jatuh. Dia cakap nak nangis nangis jela. haha! Tapi tak jadi nangis ok. Saya senyap diam terkesima seketika. Tapi time solat air mata saya mencurah curah tak mampu disekat lagi. hihi. Ye, saya tak setabah dia. :)

Semalam saya dikaunselingkan oleh my FIL. hihi. Balik2 keje je bleh plak saya cakap 'abah..la tanak operate la. sakit!' sbb malam sebelum tu saya ada baca blog cakap operate operate ni sakit so saya seharian tak tenang oke semalam. Jawapan FIL saya adelahhhh..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Alah..operate kat perut je pon bukan kat kepala ke kaki ke. Orang sekarang ni ramai request beranak c-sec dari normal sebab c-sec tak sakit sangat dah. Skrang ni operate kalau macam cyst tu dia buka 3 ke 4 inci je bukan macam dulu 10 inci. Kalau takut sangat request la fully bius tapi lagi best bius separuh tu bleh tengok sendiri dia operate kat perut tu. 


OMG! pitam ok tengok orang toreh perut sendiri. tsk! Simple je kan jawapan tapi jawapan dia tu saya rasa lebih bersemangat nak cepat cepat operate tapi fully bius. muahahaha! dushhh! Biar la sakit pon tapi sekejap je dari saya dok bela cyst ni yang makin mengembang kot pastu makin memusnahkan harapan saya nak dapatkan anak. vavava! ok saya terlampau advance sebenarnya, saya belum lagi perjumpa pakar O&G. haha. ;p

Sekarang ni saya hanya fikir..

operate + buang cyst = jaga pemakanan = berusaha berTTC dengan cemerlang

Simple je kan formula tu. Mudah mudahan Allah mempermudahkan segalanya. Mungkin kisah dia juga buat saya tabah untuk hadapi ujian ni. Terima kasih Allah beri saya kesempatan melawat blog dia. Saya rasa kisah dia adalah petunjuk dari Allah untuk berikan kekuatan kepada saya :). 

2 comments:

  1. askum...
    sy xsangka sgt2 awk sudi share kisah sy kt sini.. sy sgt2 hargainya... sesungguhnya sy hnya insan biasa.. sgt2 lemah.. hingga k hari ini, hidup sy msih di uji..dan trus diuji,, cuma kt kna cri kekuatan tu.. ada dlm sudut hati kt,, bila kt jumpa kekuatan tu.. kt akn redha di sts setiap y blaku dlm hidup..

    ermm.. sy baca n3 sebelum2 ni... awk pon checkup kat HTAA yer... sama dgn sy smpai skarang msh brulang kt HTAA.. insyallah, kalo ada jodoh, kt blh jumpa & sling mgenali.

    utk awk...sy doakan awk kuat & tabah yer.. tuhan tu sygkn awk.. sbb tu awk pilihannya.. hikmat y paling bsr y blh kt nmpk ialah..di ats setiap ksakitan y kt alami... tuhan gugurkan dosa2 kecil kt..syukur...kt pilihannya..

    ReplyDelete
  2. wslm. thanks lyafrina sudi melawat blog sy. :)

    a'ah saya pon akan checkup kat HTAA. sama hospital dgn awk. :) insyaAllah nti blh kita jpe.

    thanks sbb bagi semangat kat sy. Time nie la kita rasa down sangat2 kan. bukan senang nak cari kekuatan tu. dats y saya kagum dengan awak lyafrina. semoga sy boleh jadi setabah awak. :)

    ReplyDelete