CLICK HERE

Thursday, October 6, 2011

ct scan dah selesai

Assalamualaikum

Kelmarin saya dah setelkan ct scan dah. Tapi skrang baru sempat update. busy ya amat. huhu. Ni pun update curi2 hihi. Kesian kat my bff terpaksa call nak tahu perkembangan semasa saya. Thanks korang amek berat pasal saya! luv u olss! mmmuahh! So sorry sebab tak sempat nak update blog dan fb! huhu. Mampu baca je tangan sangatla lemah nak update status. tsk! :(

Arini baru saya rasa badan saya ok sket. Might be side effect die kot. tsk! 

Selasa hari tu, appointment saya pada jam 8.30 pagi. Tapi biaselah dah nama GH kan, kem salam la on time kan. Pukul 9.15pg baru nama saya dipanggil. *45 minit je menunggu. ;p Then, nurse suh saya tukar baju uniform hijau hospital tu la. Wooopsst! first time ok sarung baju hospital tu seumur hidup saya. Dah la kain dia besar gabak ngan saya yang ala comel-comel ni *pengsan! Cane saya nak pakai macam kain sarung kan. Last2 saya ikat je macam ikat plastik tu pastu kain tu jari meleret je la bila bejalan. Bley bayangkan tak? duhh! Malu gak la seposen time ni sbb dorang gelakkan saya tak pandai pakai kain! tsk! But like i care u vavava. haha. ;p 

After dah siap pkai uniform pesakit yang size triple XL kot tu, saya kene inject. Demmm! Bukan takut jarum tapi ngeri tengok jarum tu. Pastu die cucuk dekat pelipat lengan dengan pergelangan tangan. Oh ye! ni pon first time saya dicucuk kat tempat ni seumur hidup saya. vavava! Yang paling tragis nurse tu tak jumpe cari salur darah saya. 3 kali gak la die cucuk2. Waaa! Gerammm ok. Nurse tanya sakit ke tak. Saya cakap TAKK! ;p Demm la. Kalau cakap sakit pon die cakap sabar eh. Baik cakap tak terus. haha. Selesai acara ni, kita ke acara seterusnya yang lagi mencabar. hihi.

pecah rekod..pertama kali kene cucuk camni. :p Kat cap putih tu yang akan dimasukkan dye time scan. Sakit gak la seposen time die tekan2 jarum tu nak suh air dye tu masuk. :)

Minum air dye yang payau tahap gaban. Payau die sampai saya rasa betapa manisnya air akar peria yang pahit tu. Better minum air akar peria dari minum air neh. tsk! Tak cukup dengan minum saje, kene plak masuk air ni ikot vontot lagiiiii..memalukan ok! Nasib baik nurse perempuan yang buat. maluwww~ *Ni jugak pengalaman pertama vontot saya di nodai! haha. Terpaksa dan dipaksa gitu. Saya redhaaaaaa! Time saya dah baring dah atas katil stretcher die. Mesin ct scan nie sebijik macam yang saya tunjuk dalam entry lepas. Kalau beza pon mungkin brand je kot. hihi.

After masukkan dye dah selesai sume, barula start proses mematikan sel sel dalam badan saya eh bukan proses d scan. hee. Masa scan ni tak rasa pape pon cuma benda yang kat tengah2 tu je berpusing2. Tips dari saya jangan tengok benda berpusing2 tu nanti kita pening pastu mula la taleh bangun after that like macik2 sebelum saya kene. Ok tips ni saya je yang bagi taw bukan staff dalam tu ke yang bagitahu. Dorang tade cakap pon. ngeh ngeh ngeh. Tapi tips ni beguna ok sebab saya tak fening fening pon after that just badan je rasa lemah. huhu!

Proses men scan ni ambil masa dalam 20 minit camtu la. Tak lama pon. Dalam pukul 10pg camtu dah siap sume dah. Dia just tarik tahan hembus nafas je. Lepas turun dari katil die tu saya ok je lagi cuma badan rasa  lemah dan tekak rasa nak muntah je terkenangkan dye die yang masuk tekak ni. Seksaaaaaaanya rasa. huhu!

Lagi seksa bila terkenangkan nak mintak mc. perghh! Laju je mulut saya nak cakap orang gomen ni memang perangai macam ni ke? Like ^%$&#*%&*. Saya memang teramat geram. Hellooo! pkl 11 pg nak masuk keje haroknye..Dah tu tangan lenguh2 kene cucuk ngan badan lemah camni nak masuk keje..dushh! Tnya kat jab ni cakap pg mintak kat jab sane tanya jab sane cakap mintak kat jab ni. Dah la jauh ok menapak dari tempat ct scan tu pg ke jab. o&g. Geramm je nak cakap..baik tayah ade tepon kalau tak reti nak guna, baik tayah ade mulut kalau sume taleh nak cakap. ishhh gerammm! Langsung tak membantu ok. tsk!

Maaf kepada sesiapa yang terasa tak terniat pon nak mengata kat sini tapi ni lah realiti kalau saya pg mane2 tempat berurusan ngan org gomen tak pon org bank. Perghhh! yang belagak yang mulut ketat nak senyum tak boleh macam suntik botox tu mesti kerani tak pon yang keje bawah bawah la yang bukan pro..Bukan sume macam ni tapi sebahagian besar macam ni. Becakap macam orang tade soft skill. Ntah ntah dia tak tahu ape tu soft skill sebenarnya. haha. Weiii cabut jela banner senyum2 kat hospital tu. Tade makna nye letak banner buat nyemak je kalau staff yg berurusan dgn client sume suntik botox susah nak senyum susah nak becakap! Kang dah dapat! ;p Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Pk la balik k. Jangan kerana anda, habis rakan sejawat anda kena maki. wahaha! Ini just luahan hati saya tak berniat untuk melukakan hati sesiapa. :)

Saya bukan saje2 nak apply mc tapi saya memang rasa saya tak larat nak masuk keje then dah lewat dah saya nak masuk opis. Tung tang tung tang pukul 11pg baru masuk. Then, tak larat nak wat keje pastu masuk opis buat ape? buat sakitkan hati orang lain je kan tengok kita tak buat keje. Baik jangan cari penyakit. Tapi tula orang tak penah nak pk kan kita. Tape kita besabar. Nanti kena kat dia kang dia tahu la langit tinggi rendah. Tape arini awak buat kat orang cani esok lusa awak lak kena. Allah tu Maha Adil. :)

Ok ni jela pengalaman suka duka saya kat stage ct scan. Next stage appointment saya akan jumpa pakar o&g pada 18hb 10. Berdebar nye hai hati ni. Ni la final stage untuk tahu bila nak di operate. Cyst ni boleh jadi kanser ke ape ke. Ya Allah mintak mintak la cyst biasa saje dan ovari saya dapat d selamatkan. amin. Hanya pada-Mu ku berserah dan hanya pada-Mu ku memohon Ya Allah. Andai itu sudah tersurat untukku, ku terima Ya Allah. :)


2 comments: