CLICK HERE

Wednesday, January 30, 2013

Ujian Allah itu Indah

Assalamualaikum

Tergerak hati untuk menjenguk blog sendiri after 2 bulan lebih berpaling tadah..hahaha.. Saya masih ade lagi dan belum ade berita gembira untuk dikongsi lagi. Not yet! :) 

Sape ade baca kisah arwah adik Siti Hajar binti Ahmad Sabir? Kisah yang menyayat hati di hari-hari akhir Siti Hajar di muka bumi ini sangat menyentuh hati saya.. Kalau yang tak baca lagi..bolehlah baca kat http://mujahidah2u.blogspot.com/2013/01/rentetan-pengalaman-di-hari-hari.html . Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, Pn Nuraini Binti Che Mat, ibu kepada almarhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah).

Air mata saya bergenang tatkala membaca.... 

"Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun."

Cuba bayangkan kita yang berada di situasi arwah adik siti hajar? Mampukah kita hadapinya? Apakah reaksi kita? Sama atau tidak dengan reaksi arwah adik siti hajar? Berat sungguh dugaanMU terhadapnya Ya Allah..tapi sedikitpon dia tidak mengeluh apetah lagi untuk menyalah kan takdirMU Ya Allah.....Ya Allah..tempatkanlah arwah adik siti hajar ini dikalangan orang-orang yang beriman Ya Allah..Al-fatihah..


Astaghfirullah...Saya hanya diuji dengan ketiadaan anak..saya dah tertekan..saya dah putus asa...saya dah mengeluh...Saya tak sedar Allah bagi saya suami yang bertanggungjawab..suami yang terbaik untuk saya..tak pernah menyakiti saya... setiap waktu ditabur dengan kasih sayang tapiiiiiiii kenapa saya tak terpandang semua tu..Ya Allah Ya Tuhanku..Ampunkan dosa-dosa hambaMU yang lemah lagi naif ini Ya Allah.. T.T

MAKA NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

Sama-sama kita renung dan fikir....

Setiap ujian ada pahala di sisi Allah SWT




2 comments:

  1. assalamualaikum..salam perkenalan...betul tu..terlalu bnyak nikmat Allah yg tak mampu kita dustakan..disebalik ujiannya ttp terkandung rahmat dah hikmah....semoga kita ttp trus tabah dan kuat dlm penantian ni...

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan...
    Betul tu...saat baca kisag arwah tu menitik juga air mata ni...
    Teringatkn diri sy yg juga diuji Allah dengan sakit yang xseberapa ni... Baru sy sedar..ssungguhnya kita hamba Allah..jd mmg kita layak untuk diuji... :(
    Semoga usaha kita untuk mndapatkn zuriat d permudahkan..Aamiin..

    ReplyDelete