CLICK HERE

Thursday, August 25, 2011

Doa untuk dapatkan zuriat

Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik dah 25 hari dah kita pose kan. Jap je rasa. 4 hari je lagi tinggal nak raya.          
angelewah! cakap pasal raya senyum bukan main lagi ye sebab tak sabar nak pakai baju raya aka baju baru tak sabar nak begaya ngan handbag baru kasut baru siul. Cer tanya pose dah tinggal ke belum. Brape kali g semayang terawih.sengihnampakgigi hihi. Wooopsst! Ni tuju kat diri sendiri kah. haha. Opkos la ye! ngee sengihnampakgigi

Okelah pose saya tak tinggal lagi. ehem ehemsenyumkenyit hihi. Tapi tak tahu lah jadi ke idak yang penting saya harap saya tak tinggal pose. haha. Bukan ade orang nak bagi duit raya pon kalau tak tinggal pose tapi dapat belagak tayah ganti pose. haha. gitu. jelir

Okelah sebenarnya saya nak share doa-doa yang diamalkan oleh nabi-nabi kita untuk mendapatkan zuriat yang soleh. Doa+usaha+ tawakal insyaAllah cepat atau lambat rezeki tu tetap milik kita. Dalam ape pon yang kita lakukan, berdoa adalah yang terbaik sebab dari DIA kita datang dan pada kepada DIA kita kembali.senyum

Doa Nabi Ibrahim a.s.

Allhuma innaka ta'lamusirniiwa'alaa niyati faqbul ma zrotii wa ta'lamu haajatii fa a'thinii su'lii wa ta'lamu maa fii nafsii faghfir lii zanbii

Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku.’


Doa Nabi Zakaria. a.s.

Robbi laa tazar dan wantakhoirul waaa rithiin

Tuhanku, janganlah engkau tinggalkan daku seorang diri padahal engkau Tuhan yang paling baik dari segala orang yang mewarisi.



Selain itu, doa juga penting ketika kita melakukan ehem ehem kenyit dengan pasangan kita untuk mengelakkan daripada gangguan syaitan ke atas janin kerana telah diriwayatkan bahawa syaitan yang direjam itu boleh menganggu ketika pembentukan janin itu berlaku.


Doa sebelum persetubuhan

Bismillahi Allhuma jannibnas syaithoona wa jannibis syaithoona maa rozaqn tanaa.

Dengan nama Allah , Ya Allah ! jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau kurniakan kepada kami (anak)


Saya selalu dengar kalau anak tak dengar kata ke degil ke selalu salahkam keturunan. Ehmm so kalau dapat anak yang tak dengar kata ke degil ke jangan salahkan keturunan la lepas ni salahkan diri sendiri dulu sebab mungkin masa kita ehem2 tade doa ke soal. Bermula dari kejadian dia lagi kita kene jaga baru dapat zuriat yang soleh dan solehah sejuk perut ibu mengandung.angel 

No comments:

Post a Comment