CLICK HERE

Wednesday, August 17, 2011

Tanda-tanda Awal Kehamilan

Assalamualaikum.

Hari nie saya nak share dengan anda semua *cehh. macam ramai je baca blog ko ni hazila oi. haha. tanda-tanda awal kehamilan. Tadi ter'search' pasal ni. Saje je sebenarnya sebab esok masuk 2 minggu saya missed period. hoho.


1.       RASA LAPAR YANG BERPANJANGAN
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.
-Rasa lapas nie saya takleh detect sebab saya memang asek lapar je lagi2 bulan pose ni. Guna otak lebih sket mula la perut menyanyi. hihi.

2.       PERUBAHAN PADA WARNA DI SEKELILING PAYUDARA
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.
-Hahaha. Saya tak pandai nak tilik breast! wakaka. *sebenarnya maluuu nak tilik barang sendiri. hihi.

3. KERAP MEMBUANG AIR KECIL
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.
-Yang ni ade. Kadang2 tu kencing tak puas atau tak lawas. huhu.

4. MERASA TAK BERMAYA
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.
-Yes! yang ni yang saya alami sekarang paling teruk nak bangun pagi. Ya rabbi! dia punya lesu lain macam sangat. Sangat-sangat tak bermaya. Saya selalu try bangun dengan cergas buat senaman la ape la tapi mengantuk + lesu badan lagi tinggi die punya pengaruh. Kadang2 tu dah bersiap dah nak g keje tapi naik atas katil tido lagi 5 ke 10 minit. haha.

5. SAKIT DAN TEGANG PADA BUAH DADA
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.
-Tak sure la. Kadang2 ada kadang2 tak. Cane tu. haha.

6. PENDARAHAN IMPLANTASI DAN SENAK PADA ARI-ARI
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.
-Pendarahan tade tapi senak atau kram pada ari2 tu ada. Kadang2 sampai sekarang ni ada. Tak taw la sakit disebabkan hal ni ke ape ke kan. Mintak2 sakit sebab ni. hihi. Sakit dia macam nak period tapi dah 2 minggu tak period2 lagi. Dia start sakit seminggu sebelum period. Saya ingatkan saya period awal tapi dah lepas 3 minggu tak keluar2 pon. huhu.

7. RASA LOYA DAN MUNTAH
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandung.
-Rasa loya tu rasa nak muntah ke eh ke lain rasa dia? Mintak maaf la saya tak reti rasa loya ni. Seyes saya tak tahu macam mana loya tu rasa. Sedih kan jadi manusia macam saya. haha! Tapi rasa nak muntah tapi tak muntah tu ada la. Perasaan tu muncul tak ikot waktu. Sesuka hati dia je rasa nak muntah tapi tak muntah. Bahaya muntah bulan2 pose ni. Tak sanggup nak berganti. hehe.




8. SUHU ASAS BADAN TINGGI BERPANJANGAN
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.
- Pasal BBT ni saya dah tak buat sebenarnya. Lepas kram perut yang saya bajet saya nak period tu saya dah tak buat BBT dah sebab saya ingat nak start new chart la kan. Pastu sampai kesudah tak period2 lagi. Lagipon, sekarang ni saya tido tak menentu. Sesuka hati je nak tdo pukul brapa. Dah kalau tido tak cukup 5 jam plus waktu catat suhu tak menentu sudah tentu la suhu pon tak tentu kan? Dats y la saya pejamkan mata je tengok thermometer sebelah katil. haha.

9. MISSED PERIOD
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
-Sudah pasti! 2 weeks dah missed. Tapi sebelum ni kan saya ada sejarah irregular period. So fakta ni tak leh pakai sama sekali untuk diri saya. vava!

10. UJIAN AIR KENCING YANG POSITIF
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung.
-Dah buat tapi satu(1) jalur. Negatif! hahaha. Demm!



Itu fakta yang basic atau biasa terjadi pada early pregnancy la kan. Ni fakta daripada orang yang mengalaminya sendiri. Sudah pasti fakta ni daripada pembacaan saya dari blog ke blog pastu saya kumpul dan saya kaitkan dengan diri saya. hehe!
  • Sembelit
  • Kembung perut
  • Asek rasa nak kencing
  • Kencing tak lawas
  • Haus
  • Rasa 'basah'
  • Tumbuh jerawat secara pukal
  • Susah tido
  • Hot flashes
  • Puting payudara jadi besar dan gelap dan sensitif
  • Kuat makan
  • Sering meludah
  • Rasa penat dan mengantuk berlebihan
  • Pusing atau pening kepala
Saya nak tekankan pasal rasa 'basah' itu sebab saya sekarang ni tengah mengalami rasa basah kat ehem2 tu. haha! Rasa basah macam nak period tapi tak period. Dia keluar cecair putih macam putih telur tu kekadang. Rasa basah tu saya start rasa 2 weeks ago. Saya ada terbaca kat satu blog ni *blog mana tak sure dah. Rasa basah tu disebabkan oleh pengeluaran cecair yang berlebihan yang disebabkan oleh badan kita sedang berubah untuk keselamatan dan keselesaan bayi. Allah hu alam la betul ke tak. Tapi time subur pon kita rasa basah kan tapi takkan saya baru muncul waktu subur kot. haha! lama lak tu waktu subur saya 2 minggu. ;p


Apa apepon jangan buat judgement awal wahai hazila kang awak jugak yang kecewa. :) Ok tanda2 tu kadang2 kita sendiri yang perasan lebih kan padahal tade pape pon sebab kita nakkkkkk sangat pregnant kan tu yang terperasaan lebih tu. hihi. Saya anggap jela tanda2 yang kena kat diri saya tu perasaan saya je. Tamo mengharap nantikan makan hati. wahaha!

opsstt! gambar sexy sket. hihi. jangan fokus pada gambar ini kang kurus pahala puasa anda saya tak bertanggungjawab ye. hihi.

Semoga saya ada berita baik + gembira untuk suami saya di bulan ramadhan yang mulia ini. :)

18 comments:

  1. semua tanda tu hani pernah rasa taw, 14 days missed period but then datang :(

    masa tu memang dah ingat preggy.....hurmm..nampak gayanya rezeki non adooooo :(

    ReplyDelete
  2. Laa yeke hani. ermm betul2 takleh mengharapkan fakta2 ni. huhu.

    Zeyla ngah tgu gak ni bila period nak datang. Memang malas nk mengharap kang kecewa kan. :(

    ReplyDelete
  3. ya ..sy pnh gk mis period but 4 kali check mash ( - ) so p check doc...di ckp stress keja....ms tu pn mmg stress...heheh...so fakta lewt period nh for me x leh pakai coz period saya x pnh ikut time yg septtnya..heheh

    ReplyDelete
  4. sye dh 17ari missed periode,,tapi dh 2X wat test urine ttp (-) jgk...urmmmm...pdhl sblom ni periode sye sntiase teratur,,,

    tension gak ni,,prgnant x,,priode pon x...hehe...

    aper cer ni...???

    ReplyDelete
  5. Hai.salam kenal. Hihi. Sy pun tgh menunggu ni. Wisau tkt dtg period. Padahal baru jea kawin. Nk sgt anak cepat

    ReplyDelete
  6. Saya 56 hari lewat period...upt -ve..pegi scan pon xde preg doc kata..tp simtom loya..pusing2..mcm org nk mngandung tu...tibe2 semalam kuar darah..mcm period..sy menangis..apa2 pon saya ikhtiar buat beta hcg pulak utk confirmkan sy mengandung atau tak...sbb ada org kata awal2 ni upt ngn ultrasound xdpt detect lg.hari isnin br dpt result nye..mudahan2 Allah beri sy berita gembira..anak sulung sy dah 6thn...rindunya nk ada baby lg..

    ReplyDelete
  7. Mingu lalu sy period 15 /2..
    Mgu ni sy belum period...skrg ni da 18/3..
    Sy x mau mengharap....takut kecewa... :-(

    ReplyDelete
  8. Sy da 2 tahun 3 bulan kawin...x ada rezeki lg...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah sy dh 7 bulan kawin tp belum ade rezki zuriat lg.. tengok org lain pregnant n dah dpt bby bes jer kan.. kdg2 smp rsa stress n down.. tp bile byk dgr ceramah sana sini baru sy faham Allah tu Maha Adil, Maha mengetahui apa terbaik untuk saya.. kene selalu sangka baik dgn Allah.. Mungkin Allah nak saya baiki amalan saya, aturkan pejalanan hidup saya dgn lebih baik..Allah xnak saya abaikan amanah Allah yang Allah berikan kat saya nnt.. Tapi saya yakin rezki Allah tu akan sampai kat saya satu hari nanti.. Semoga saya dan kawan2 yg lain dipermudahkan Allah dapat zuriat nnt yer. Amin..:)

    ReplyDelete
  10. ok saya pun baru jer kahwin and tanda2 nak hamil tu memang dah ada sebab kahwin lepas habis period..dua kali check still (-) n sekarang baru dua hari missed period..tak nak mengharap takut kecewa even memang nak baby cepat :) hope Allah perkenan kan doa saya dan hubby.. insya Allah..n hope uols pun dapat baby cepat n cecomel..

    ReplyDelete
  11. Saya da 10hri missed period.3mgu lepas sume simptom mgandung tu ada..then check 14.9 result (-), kt ari2 rasa senak lgskrgso try la beli urine test lg alhamdulillah positif but blm refer mane2 klinik lg. Hazila mcm mane skrg?

    ReplyDelete
  12. Lengkap juga infonya, makasih ya. Oh ya, kalau mau tau tanda-tanda lainnya, cek disini ya? http://bit.ly/1fPA2nO Makasih :)

    ReplyDelete
  13. Salam hazila...pgalaman awk sma mcm yg sy lalui jga...sy dh delay miss p 6 ari da...xnk la pk yg sy preggy tkot kecewa pla...tp yg x fham rasa krem kt perot n ari2 ngilu je...1 week lg bru test upt lg la...

    ReplyDelete
  14. Hai hazila. Cx dtg 2013 ntk entry ini. Hihi semua bkl ibu akn search bnde ni kan. Lalalala cx baru kawen sbln lps. Skrg berkira2 mcm nk pregnant tp not sure. Lately cpt haus, mgntk la.. Breast sakit la, kencing2, sembelit ade skali. . Nak cek tp awal sgt. Tk sbr nk tgu lg 2weeks sbb cx supposed to be period. Hopefully ade. Ngee. Pray for me! :)

    ReplyDelete
  15. Salam..kwn2 jz nk share ape kata kwn2 try ikhtiar dgn mandian garam aura syifa'..sbb ade kwn yg try alhamdulillah niaty utk mgandung setelah berthn kwn tercapai..

    ReplyDelete
  16. allamdulillah saya dh 7 bulan kawin..tp lom ade rezeki lg..tp dlm bulan ni sya ada rase simtom2 nie..period pn dh lewat 5 hari..next week bru cek upt..klu de rezeki alhamdulillah..doakan yea..

    ReplyDelete
  17. samela..sy dh 3 bulan kawin.. jelous tngok kakak ipar dh preggy.. baru2 ni rsa cm peknen.. sakit pinggang.. check upt satu line..pegi mandi n p keja..balik tu terkrjut tngok double line..tapi kabur sangat.. cube banyak kali pon result mcm tu..tapi heran..knama ambk masa begitu lama nak naik line tu..so skrg tngah tnggu lagi seminggu.. nak make sure period x datang..baru nak g klinik..risau dmua ada.. takot x je.. x nak mengharap..nanti kecewa.. apa pon doakan ye ..smoga ada berita gembira :)

    ReplyDelete
  18. Salam kenal sis Hazila ,
    wana dulu time pregnant kan Maisarah just nampak 2 tanda, iaitu period delay 1 minggu dr tarikh sepatutnya sebab cycle period memang sentiasa tepat dan rasa mengah bila naik tangga. pelik juga sebab mengah, selalunya tak rasa cmtu. then cek, buat confirmation dengan 3 jenis kit..heee..kit yg dibeli dgn kit lab.hihi.alhamdulillah :) bagi yang masih lagi berusaha tu, teruskan berusaha. Maisarah pun bulan 10 ni masuk 4 tahun, so kita tunggu ujung bulan ni untuk any good news tentang adik baru :)

    ReplyDelete