CLICK HERE

Friday, November 11, 2011

Jangan Mengeluh

Assalamualaikum

Dah alang2 terbuka tertulis terblog ni. eh sume ter ter ter aje ni padahal dah rinduuuuuuuu sangat nak berblogging. hahaha. dushhh! Makanya saya nak share info ni untuk kawan2 sekalian. Saya terjumpa pasal ni kat salah satu laman web masa tengah cari info2 pasal nak exam 17.11.11 nanti tu la. Jom kita muhasabah diri. :)

Kita selalu bertanya pelbagai hal tetapi ingatlah Al-Quran punya segala jawapannya untuk segala kehidupan dan kejadian di alam semesta ini.. Renungkanlah.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." 
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST? QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!! QURAN MENJAWAB
"… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12





Everythings happen...back to quran insyaAllah kita tidak akan sesat di dunia dan juga di akhirat :)

8 comments:

  1. Allah knows best. Allah is the best planner, right?

    ReplyDelete
  2. betul tu..kita tak tahu apa Allah dh tentukan tuk kita kn..psti ade hikmah sume nih..take care ;)

    ReplyDelete
  3. Salam,
    thanks atas perkongsian ini..
    mohon share ye....

    ReplyDelete
  4. Ryha Feyzal: Yes. Dats right dear. :)

    Noli: Betul tu noli. thanks! :)

    Siti: Wslm..welcome! silakan siti. Dialu2kan :)

    ReplyDelete
  5. entry yg menyentuh perasaan. Semua itu Allah telah nyatakan di dalam Al Quran. Kita jer yang ambil tak endah..

    ReplyDelete
  6. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..subhanallah

    ReplyDelete
  7. salam dear...
    Umaira follow blog kamu..
    sama2 la kita memberi sokongan atr satu sama TTCians yg lain..
    Krn kita punya 1 matlamat yg sama iaitu utk mendptkan zuriat
    Semoga doa dan usaha kita diperkenan olehNYA
    Ape2 pun semua adalah Dengan Izin Allah

    ReplyDelete