CLICK HERE

Wednesday, May 11, 2011

mengenalpasti fertile window bagi period yang tidak teratur

Assalamualaikum w.b.t

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid tetap tentu tiada masalah untuk determine fertile window sebab bagi wanita yang periodnye tetap 28 hari contohnya, fertile window ialah antara hari ke 10 atau hari ke 15 period cycle. So, dah blh judge la kan bila masa yang sesuai. hihi.


Tetapi, ada juga wanita yang mempunyai masalah period tak teratur. Kejap 26 hari kejap 31 hari kejap 28 hari. Haa..tu satu masalah yang agak rumit gak la untuk mengenalpasti bila fertile window ni. huhu.

Kita memang digalakkan eh bukan lagi digalakkan tapi memang wajib menanda d kalendar setiap kali waktu haid. Bermula dengan menyimpan rekod bertulis kitaran haid selam sekurang-kurangnya 8 bulan ke 12 bulan berturut-turut. Tandakan hari pertama darah haid keluar sebagai hari pertama bagi kitaran haid itu.


Cara-cara untuk mengenalpasti waktu subur jika period tak teratur:

  1. Daripada rekod kitaran haid yang kita catat selama sekurang-kurangnya 8 bulan berturut-turut, pilih yang terpendek kitarannya. Tolakkan 18 daripada hari kitaran haid terpendek dah ianya menjadi hari pertama bagi hari pertama kesuburan kita.
  2. Tolakkan 11 daripada hari kitaran haid yang terpanjang dan ianya menjadi hari terakhir kesuburan.

Contoh:

Bulan
Kitaran Period (Hari)
Feb
28
March
29
April
31  (Kitaran haid terpanjang)
Mei
29
Jun
30
July
26  (Kitaran haid terpendek)
Ogos
28
September
30
    
Jadi,

Untuk hari pertama kesuburan,

Kitaran haid terpendek (26hari) - 18 = 8

Untuk hari terakhir kesuburan,

Kitaran haid terpanjang (31) - 11 = 20

Maka,

Dalam contoh diatas, waktu subur wanita period tidak teratur ini adalah pada hari ke 8 hingga hari ke 20 setiap bulan.  



"Most of the important things in the world have been accomplished by people who have kept on trying when there seemed to be no hope at all."-- Dale Carnegie

Tuesday, May 10, 2011

perkara yang perlu dielakkan jika ingin mengandung

Assalamualaikum w.b.t

Keapada mereka yang senasib dengan saya yang inginkan hamil dalam waktu yang terdekat ni, kita perlu pantang dari perkara-perkara berikut:

1.) Minum air yang bergas coca cola, pepsi and so on la.
     -Yang ni memang dah lama la saya tak amalkan. Kalo masuk kfc ke
       mekdi ke pizza ke mesti mintak tukar air yang tak bergas punye.
      Ok! noted! yang nie leh follow. Tade masalah. :))

2.) Makan junk food
     - Oh yang ni blh kot sebab tak sempat nak kunyah junk food dah kalo dah
        kat opis je memanjangnye. hihi. Junk food biasenya dikunyah time
        santai atau ngah tengok movie or tv. kehkeh. selamatttttt! ok!
        yang nie pon tade masalah gak! :))



3.) Segala jeruk kering seperti asam boi dan juga jeruk basah yang 
     bkuah tu macam jeruk mangga, ceremai, salak dan sebagainya.
     - Vavava..bolehhhhh! walaupon air liuq meleleh ketagih tak dapat makan!
        hahaha.

4.) Makan makanan fast food seperti mekdi, KFC, pizza dan 
     seangkatan dengannya
     - OMG! cegane neh. terpaksa tahan nafsu neh. adehh! kene
        berperang dengan nafsu benda alah ni la yang paling seksa.
        dushhh! tape2, nak seribu daya tanak seribu dalih. ok hazila!
        sila pandang misi anda ye. hihi. ;p

5.) Makan beger dan nuget
     - Yang ni pasti bolehhhhh! saya bukan suke sangat nuget
        tapi beger tu kalo beger otai ke beger akie ke. Adoila jgn
        d buatnye mengidam nanti sudah! eh! kalo dah lekat bleh la
        belasah kan? hahaha. ok tade masalah jugak yang nie! :))

6.) Makan jambu batu
     - No problem! saya bukan peminat jambu batu! hakhak. :))

dan yang paling penting sekaliiiiiiiiii....

Banyakkan menyebut nama ALLAH

AL-MUSOWWIR

Ertinya:
Dialah yang mencipta segala bentuk dan rupa. Dialah yang mencipta segala bentuk dan rupa makhluk-Nya yang gagah yang cantik yang indah dan lain lain.



Notakakihazila:  Apekata kita amalkan apa yang dinasihatkan ini. InsyaAllah rezeki itu milik kita. :)

Monday, May 9, 2011

One Step Ovulation Test

Assalamualaikum w.b.t


Nampak tak kotak panjang empat segi kat atas tu? Haa tula kotak ajaib yang saya rembat dari watson sambil2 pegi menabung kat celcom center tadi. tsk! pejam mate jela hulur duit kat cashier tu. Dalam hati cakap tape kali ni mesti kene bejaya punyeh. hahaha.

Kenapa saya beli brand watson? sebab yang ni jela sy rasa harga die reasonable for me. wakaka. Dan yang paling penting depan kotak terang tang2 lagi cakap 99% accurate. lalala. Kalau tak accurate gak kite bako je la watson tu. haha. *eh hazila, macam la awk tahu benda ni accurate tak accurate. ;p Yep! saya tak penah gune benda ni dan tak penah terpk pon nak gune benda ni tapi disebabkan i needdddddd my baby soooo i try. Y not kan? hihi.

Mesti ade orang tertanya2 kan. Kenapa aku beli benda alah ni lagi sedangkan aku dah buat BBT chart. Hello mum to be! BBT chart untuk kita kesan suhu waktu subur tapi keberangkalian untuk kita detect waktu itu benar2 subur adelahh tipis. Biasanye kita akan perasan bila graph shows waktu tu kita dah abes subur. So, when we detect suhu badan waktu itu menurun sebanyak 3 kali berturut-turut, kita boleh gune ovulation kid ni  bagi memastikan time tu kite subur! Jangan tunggu graph tu mencanak naik baru nak buat test ni. Might be its too late for us! hmmm.

baby..i cant wait 2 hold ur hands...

Saya tak sabar nak pegang tanya si kecik yang cumey tu. huhu. Waktu saya muda belia dulu suka sangat bau tangan baby. Baby die bleh menenangkan minda uols. haha. *eh! saya masih waras ok! Saya tak kisah jantina baby saya nanti girl ke boy ke. Yang penting saya dapat beri kasih sayang yang cukup kepada mereka. hehe.
Ok! berangan jap. hahaha.

Saya ada baca satu blog ni tapi dah lupa dah blog tu name ape tu sebab tak leh nak link kan kat sini. Orang tu cakap kita kena berangan-angan dlu pasal baby, anggap diri dan preggy dengan minum susu ibu mengandung supaya badan kita yang mungkin dah merajuk *utk yg dh lama kawen like me kot. hihi terima keinginan kita untuk mendapatkan zuriat. Ingat manusia je ke reti merajuk, perasaan pon reti merajuk gak ookey? haha.

Well..saya dah start minum anmum sekarang walaupon belom pregnant lagi tapi saya try gak manala taw kan kot2 badan saya yang merajuk ke. Kata next year dah aim baik punyeh. So, diz year kene usaha terbaik punye la. Try je sume tips yang orang kasi. Kalau dha rezeki kami, insyaAllah dapat! :)

Kalau yang tanye kenapa saya minum anmum materna berbanding susu lain like firso ke hape ke. Saya ade sebab tersendiri! Next entry saya review pasal susu preggy ni k! hahaha. Adios~ Hari ni malas nak buat nota kaki. kehkehkeh.

Sunday, May 8, 2011

Amalan untuk mendapatkan zuriat yang soleh dan solehah

Assalamualaikum w.b.t

Arini saya nak share info tentang amalan yang patut dan tak patut kita lakukan semasa dalam proses penghasilan zuriat kita. *wah! ayat cam cikgu sekolah. haha. belasahh ajela. Sebagai seorang muslim, setiap apa yang kita hendak lakukan mestilah ade panduan untuk diikuti bagi kesejahteraan masa hadapan. Ibubapa mana tak nak tengok anak dia menjadi seorang yang soleh atau solehah kan besar nanti? Jadi, dalam islam telah mengariskan amalan-amalan seperti dibawah ini untuk kita jadikan panduan dalam menghasilka zuriat yang soleh dan solehah. :)




AMALAN MENDAPATKAN ZURIAT
  1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli yang berwarna hitam setiap awal pagikhas untuk suami
  2. Buat senaman batin tiap2 kali bangun dari tido waktu pagi-khas untuk suami
  3. Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid.. insyallaah.. jika diamalkan berhasil
  4. Doa Nabi Zakaria
  5. Membaca surah Al-Waqiah selepas subuh.
  6. Selepas maghrib amalkan surah AlMulk (kekuasaan Allah).
  7. Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.

DIET PEMAKANAN
  1. Badam (almond) 5 Biji tiap hari
  2. Buah Delima
  3. Buah Zaitun
  4. Buah Kurma
  5. Jauhkan /pantang makan benda2 masam, nanas, minuman bergas pendek kata benda yang berasid, jangan makan seafood, boleh ambil spirulina everyday, makan sayur & buahan. Suami perlu banyak makan berasid macam daging, ayam etc.
  6. Jangan minum air kelapa


CARA SENAMAN BATIN
  1. Duduk bersila badan tegak
  2. Selepas itu luruskan kaki kanan kedepan
  3. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan,tangan kiri pula pegang lutut kiri..tarik nafas dalam2(slow)
  4. Setelah nafas penuh didada..bawa tgn kiri tadi kesebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jgn lepaskan nafas,tahan selama 7 saat) atau ikut kemampuan.
  5. Ulangi perkara diatas dgn kaki kiri plak
  6. Buat 3x /7x setiap kali lepas sembahyang subuh..jika betul caranya...peluh akan keluar walaupun baru buat 3x..(3x kiri..3x kanan)

MASA BERJIMAK
Sabda Rasullah s. a. w. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a. s" .

  1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis
  2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah
  3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan
  4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya
  5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta - minta. 
  6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia
  7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas
  8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq
  9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim
  10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, sunglap dan menghendaki dunia daripada akhirat

CARA BERJIMAK YANG DITUNTUT OLEH ISLAM
  1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s. w. t 
  2. Pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkanya (turun bala ) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba. 
  3. Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana dikalangan yg bijaksana atau org alim dikalangan orang alim. 
  4. Sewaktu matahari ditengah langit. Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s. w. t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia. 
  5. Pada malam Jumaat .Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah. 
  6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim. 
  7. Malam Jumaat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka
  8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya .



Doa ketika berjimak:


" Ya Allah Ya Tuhanku! Jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkan syaitan dari rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami" -Hadis Riwayat Al Bukhari dan Muslim 



Notakakihazila: tepuk dada tanya lah iman. :) Yang paling penting, jangan main terjah je ye. Bukan senang nak hasilkan zuriat yang soleh mahupun solehah. Semuaya bermula dari titisan air mani sehingga lah terbentuknya manusia. Same2 lah kita berusaha untuk mendapatkan yang terbaik. :)

Saturday, May 7, 2011

Kaedah mengira waktu subur

Assalamualaikum w.b.t

Entry ini adelah untuk kaedah megira waktu subur kita. Sebenarnya waktu subur kita dikira dengan menolak 14 hari daripada tarikh kita akan mula period bukan tarikh kita mula period yang lepas. Paham tak? hmmm.

Contoh 1: Period cycle amina 28 hari maka,
                                      28hari -14hari sebelum period seterusnya = hari ke 14
jadi, waktu subur amina adelah hari ke-14.

Contoh 2: Period cycle hani 35 hari maka,
                                      35hari - 14hari sebelum period seterusnya = hari ke 21
jadi, waktu subur hani adelah hari yang ke-21

Untuk menyenangkan kita semua, saya ade buat jadual untuk kiraan waktu subur seperti dibawah:


Panjang Kitaran Haid
Waktu subur
21 hari
Hari ke 7
22 hari
Hari ke 8
23 hari
Hari ke 9
24 hari
Hari ke 10
25 hari
Hari ke 11
26 hari
Hari ke 12
27 hari
Hari ke 13
28 hari
Hari ke 14
29 hari
Hari ke 15
30 hari
Hari ke 16
31 hari
Hari ke 17
32 hari
Hari ke 18
33 hari
Hari ke 19
34 hari
Hari ke 20
35 hari
Hari ke 21
36 hari
Hari ke 22
37 hari
Hari ke 23
38 hari
Hari ke 24
39 hari
Hari ke 25
40 hari
Hari ke 26




Notakakihazila: Sayangnya pengiraan di atas untuk wanita yang periodnya regular atau teratur setiap bulan. Tapi untuk yang period tak teratur macam saya ni disuggestkan guna kaedah BBT lepas tu guna ovulation predictor test untuk pastikan time tu kita benar2 subur. Lagi terbaek! hihi. :)

ovulation test kits (OTK) atau Ovulation predictor kits (OPK)

Assalamualaikum w.b.t

Ini satu lagi kaedah untuk mengesan waktu subur kita. Benda alah ni sama je dengan urine pregnancy test kit tu cuma yang bezanya function die. OTK atau OPK ni *ringkasan word adelah digunakan untuk mengesan luteinizing hormone (LH). Hormone ni paling tinggi dapat dikesan masa waktu subur. Cara guna OTK ni same je dengan UPT iaitu melalui ujian air kencing dan kalau double line muncul maksudnye kita tengah subur la tu. :)


kredit to mr gugel! yeah.hihi. ok! kalau dabel line muncul seperti dalam gambar diatas tu maksud nye kite tgh subur tapi kalau satu line sahaja yang muncul maksudnya kita belum lagi sampai waktu subur atau sudah terlepas waktu subur. :)

Ketepatan kaedah ini adelah sehingga 99.6%. Wow! tinggi tu tapi kalau period cycle tak menentu macam saya ni better buat BBT dlu then dah yakin suhu itu berada dalam fasa subur baru menapak ke farmasi cari OTK ni. hihi. Kenapa saya tak buat begitu? sebab harga OTK ni bukannya murah seperti harga upt. huhu. Aritu sy survey kat watson harga OTK for single strip lebih kurang RM10+ yang paling murah. Kalau clearblue lak yang single strip punye RM20+ n yang 5 ke 4 strip RM90+. Kalau brand watson lak harga die bleh kira murah la RM45.90 untuk 5 strip OTK ni hehe. Menarik bukan harga dia.

Untuk keterangan lebih lanjut jom kita bace di blog drzubaidi ye. Sy tak pandai nak terangkan dengan lebih details. hihi. :) Daripada pembacaan saya, ramai yang suggest CLEARBLUE sebab ketepatan dia dalam lingkungan 99%. Patut la harga dia mahal oih. haha. Tapi kalo saya better beli brand WATSON la. Sebab baru nak try je kaedah ni. Tak pun yang P-PLAN FERTILITY PLANNER punye. Yang tu pon review die cam oke gak. hihi.

yang ni disuggestkan oleh orang ramai dan harga die pon agak boleh tahan jugak la dengan ketepatan 99% nye. :) 

yang ni sy suggest sebab harga die berpatutan. haha. ketepatan idakkan saya tahu. hee.

Lagi sy suggest brand watson tu. hihi. For me, harga OTK atau OPK ni kat watson lagi murah dari guardian. Kat farmasi saya tak penah survey lak. Better survey dlu before beli. :) But depends on ur budget la, kalau tak kisah tentang budget kat mane2 pon bleh beli. gagaga.

Notakakihazila: Selain dari buat BBT untuk kesan suhu waktu subur kita juga boleh guna kaedah mengira kitaran haid menggunakan kalendar. Ok? Nexy entry sy akan publish jadual untuk waktu subur yang dijangka berlaku mengikut kitaran haid! :)

Friday, May 6, 2011

Mengesan cecair mukosa

Assalamualaikum w.b.t

Tidak seperti kenaikan suhu, cecair mukosa muncul selama beberapa hari sebelum hari ovulasi. Cecair mukosa diperlukan untuk menjaga jangka hayat sperma sehinggalah telur dilepaskan. Dibawah ini adelah contoh jenis-jenis perubahan cecair mukosa sehinggalah hari ovulasi. Saya copy paste dari sini. hihi. malas nak explain lebih2. :).

1.) Cecair mukosa yang likat, putih keruh dan sedikit mulai keluar dari faraj menandakan permulaan waktu subur


  • For some women, they normally have no mucus discharge at all and so, when this scant sticky mucus appears, they are entering the fertile phase.
  • For others, this type of scant mucus may be their “constant discharge” and for them it may not be the start of their fertile phase yet.
  • In the learning phase, until couples are able to recognise and test the limits of their own fertile window, all mucus after the period must be regarded as potentially fertile.


2.) Cecair mukosa semakin banyak dan berwarna putih


  • This level of mucus would be potentially fertile for all women, because it is more profuse and showing stretchy qualities.
  • It would cause a change in sensation for the woman. She would no longer feel DRY but instead would have a damp, even wet, sensation at the vaginal opening (vulva).
  • Although still quite dense in appearance, it would not be an absolute barrier to sperm. Swimming lanes will be opening up in it and it is becoming alkaline.


3.) Cecair mukosa semakin banyak dan berwarna seakan-akan putih jernih


  • Now the mucus has more water content, is stretching more, and despite the whitish dense areas, it is definitely showing clearer areas, indicating increasing alkalinity and the opening of even more swimming lanes.
  • The sensation at the vulva would now be much wetter.


4.)  Cecair mukosa berwarna jernih sepeti putih telur memberi petanda bahawa telur mula dilepaskan dari ovari atau fasa ovulasi berlaku. Waktu ni betul2 subur. :)


  • This last photo shows how clear, wet, stretchy and slippery the fertile mucus can become around ovulation and why it is usually compared with raw egg-white. It may not seem quite so clear every cycle, or you may in fact just miss seeing it at this level.
  • Sometimes it may even look a bit brown or reddish, due to tiny loss of blood at this point.
  • When the mucus has this appearance, ovulation is very close. This is the most fertile time of the whole cycle. The last day of this mucus is called PEAK day.


Geli je kan nengoknye? haha. Ok fine! sy bukan budak sains hayat saya budak engineering tapi ini hal ferempuan so kene amek tahu. Wajib ok! tak buleh escape2. Oh ye! keterangan di bawah gambar tu saya malas nak translate dan huraikan. Hope bleh paham. hehe. 

Kiranya jika kita buat BBT time tu suhu dari rendah pastu terus naik mencanak tinggi like naik 0.25 celcius gitu kan then cek kat tuttt ade mucus kaler cam putih telur cam dalam gambar last nie kuar. Haaa sah la tu telur tengah tunggu sperma untuk disenyawakan. hehehe. So, lancarkan 'projek mega' secepatnya tapi tengok la keadaan nye. Pilihla waktu yang sesuai jangan main tala ikot suke hati. Sebab keadaan dan waktu kejadian pon menentukan sifat atau perangai anak yang bakal lahir. Ok, yg pasal ni saya cerita di next next entry ye! :)

Notakakihazila: Saya sangat pengeli orangnye ok! camne ni??? camne nak amek benda ni n then tarik2 cam yang die buat tu. Omg! pengorbanan yang amat berat dan besar ni. hahaha. kene biasa2kan diri macam mula2 basuh pad mula2 period dlu. Even basuh ngn kaki pon sy rase sangat geli okk. hahaha. ;p 

Kaedah BBT

Assalamualaikum w.b.t

BBT bermaksud Body Basal Temperature atau bahasa melayu nye Suhu Badan AsasSalah satunya cara untuk mengetahui waktu subur ialah melalui catatan suhu badan asas a atau BBT. Tujuan carta BBT ialah untuk mengetahui bila ovulasi akan berlaku. Ia sangat berguna kepada mereka yang try to conceive (TTC), mengelak dari hamil atau untuk mereka yang cuba memahami fisiologi badan mereka. BBT lebih senang diukur dengan termometer yang khas untuk mengukur BBT ini.


Banyak thermometer untuk mengukur suhu badan ni jual kat farmasi. Tapi saya lebih prefer thermometer OMRON yang saya beli kat Guardian. Thermometer ni mahal dari thermometer biasa sebab ianya memang khas untuk mengukur BBT, mempunyai dua decimal point, boleh tukar sesuka hati daripada unit celcius ke fahrenheit dan sebaliknya. 


Kadang2 badan kita mengalami perubahan suhu yang amat sedikit like 0.01 jadi dengan menggunakan thermomer yang ade 2 decimal point nie senang untuk kita tengok perubahan suhu. Contoh suhu badan saya untuk 3 hari berturut2 adelah 36.04, 36.07, 36.03. Haa nampak tak perubahan suhu kat situ? Tapi jika kita guna thermometer biasa die akan detect 36.0 untuk 3 hari yang berturut2 walaupun ade sedikit perubahan suhu. :) 


Then, kenapa pertukaran unit nie penting sebab BBT chart ni kadang2 dalam unit celcius kadang2 dalam unit fahrenheit. Jadi dengan adenya thermometer 2 unit nie kita tak perlu la bersusah payah convert unit. senang kan? tapi sampai skang saya tak pandai nak maen tukar2 unit guna thermometer ni sebab takut kalo bertukar ke fahrenheit susah lak nak tukar ke celcius. Haha. Oh ye! graf BBT saya dalam unit celcius ye. hihi. kalo suke BBT chart dalam bentuk fahrenheit leh klik disini.


Digital Basal Thermometer OMRON  harga RM57.90 kat Guardian

Bagaimana cara untuk menggunakan termometer ni?
Tekan butang ON atas thermometer nie smpai die bunyi 'beep' sekali. Pastu bila dia displayed suhu 37 celcius dan  apabila semua simbol keluar dekat die punye skrin. eh skrin ke? belasah jela janji paham. haha. Letakkan thermometer yang sebelah hujung yang runcing yang kaler silver tu di bawah lidah didalam mulut selama lebih kurang 60saat atau 1minit pastu amek bacaan. Salah satu kelebihan untuk thermometer omron nie sebab after die amek reading atau after 60sec die akan bunyi 'beep' sebanyak tiga kali. Tu maksudnya kita dah bleh kuarkan dari mulut dan dah bleh amek bacaan. :) 

Bila waktu yang sesuai untuk ambil suhu asas badan ni?
Waktu yang paling ideal atau terbaik untuk ambil suhu asas badan ini adalah sebaik sahaja bangun tido sebelum bangun dari katil iaitu sebelum melakukan apa-apa aktiviti termasuklah gosok gigi. wahaha. kata nak tepat kan. terpaksa dude! haha;p kalo dah geli sangat letak dalam mulut tanpa gosok gigi dlu maka letak lah bawah ketiak. hihi. 

macam mane nak baca BBT chart?


Berdasarkan pada graf menstruasi cycle ni kita mestilah amek bacaan suhu asas badan bermula pada hari pertama period bukan hari pertama selepas period. Sebab hari pertama period adalah hari permulaan cycle atau bahasa pasarnya hari dimana telur dalam ovari matang. Jadi, catatkan suhu setiap hari bermula dari hari pertama period dan beri perhatian pada pertengahan bulan **bulan period la bukan bulan dalam calendar sebab period bukan ikot calendar. Sebelum ovulasi, suhu badan biasa selalunya berada pada takat 36.2-36.4 darjah celsius. Selepas ovulasi, akan terdapat kenaikan sekurang-kurangnya 0.25 darjah celsius. Selalunya ia berada pada tahap 36.6 darjah celsius. Sekiranya kenaikkan ini berkekalan selama 3 hari berturut-turut, bolehlah dianggapkan yang ovulasi sudah berlaku.

Selain daripada mengukur suhu asas badan ini, kita juga boleh pastikan betul2 berada pada fasa ovulasi adelah dengan melihat appearance cecair mukosa atau dalam bahasa melayunye lendir di bahagian faraj yang mane berubah mengikut perubahan hormon. Method yang lain kita boleh pastikan suhu asas badan kita tengah mengalami ovulasi adelah dengan menguji tahap hormon LH menggunakan ovulation kit test. Bagaimana untuk menggunakan cara melihat cecair mukosa dan ovulation kit test. Next entry saya ceritakan ye. :) 

Contoh graf BBT adelah seperti di bawah:


Sebelum ovulasi suhu asas badan turun berturut2 dan selepas ovulasi naik mendadak. Jadi, waktu inilah dikira sebagai waktu subur. Jadi, kita mesti alert dengan perubahan suhu tersebut. 

Kita digalakkan mengadakan hubungan intim bersama suami selang 2 hari semasa ovulasi berlaku. Contoh daripada graf diatas, kita boleh mengadakan hubungan intim pada 14, 16, 18,20 **larat ke? haha. Hal ini kerana, ovum hanya dapat hidup selama 12 ke 24 jam sahaja manakala jangka hayat sperma normal dapat bertahan selama 48 ke 72 jam selepas ejakulasi. Daripada graf suhu asas badan ini juga kita dapat menentukan jantina bayi. Next entry ya! :)

Notakakihazila:  kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya. Usaha, tawakal dan redha dengan ketentuanNya. Semoga dengan usaha kita ini akan mendapat keberkatan dan dikurniakan zuriat yang dapat lagi menyerikan rumah tangga yang dibina. :) Selamat berTTC myself! haha ;p