CLICK HERE

Tuesday, November 29, 2011

check in ward

Assalamualaikum

| :) | :( | o_0 | x_x | ;p | *_O | @ _ @ | hahaha..tak tahu dah nak cakap pe. Yang pasti esok! ye esok adelah harinye. Hari bersejarah setelah 24tahun 10 bulan dan 27 hari di muka bumi ini. ceewahh! macam gempaq gler kot bunyinye padahal nak masuk wad je pon. wakakaka. hazila oh hazila Cuaks noks. :p

Camne la nanti kan? bleh ke saya survive dalam wad nanti? tsk! Bleh ke saya tido dengan lena nanti? bleh ke saya makan dengan berselera nanti? kekeke. Macam ni la ye sedara2 orang yang jakun nak masuk wad. Pestime la katekan! dushhh! 

Macam-macam dah pesanan yang dah dapat. Suh bawak tu la suh bawak ni la tak kurang tak lebih gak suh bawak toto sebab sekarang ni kan musim winter kan..hahaha winter la sangat hazila oii! kekeke. :D Over kan pesanan tu. Tapi kan bleh ke eh bawak bantal selimut kite sendiri. ;p overrrr!

But seyesly cuaca kat sini sekarang ni sangatla lembab..Best je rasa..Hujan kadang kadang je, matahari memang tak nampak la, angin plak sepoi2 bahasa gitu orang kata. Wahhh syok la. Ntah2 dok wad nanti tido je manjang. Sejuk la katakan.. ngehngehngeh.

Mungkin ehmmm mungkin lama kot saya takkan update blog tapi jangan risau bila saya dah ok nanti saya akan stori pengalaman saya yang indah ini. Bukan semua orang ade pengalaman berharga camni kan. ceewahhh! :D 

Yang penting..doakan segala urusan saya dipermudahkan eh. Ramai yang ngeri dengan operation for me ape ape yang berlaku semasa operation nanti sudah ditetapkan oleh DIA. Segala-galanya sudah ditentukan kita hanya perlu berusaha dan berdoa yang terbaik saje! :)

Dalam fikiran saya sekarang ini ade satu word je 'ANAK'. Yep! itulah kekuatan semangat saya saat ini. Ape nak jadi jadila yang penting masalah ni selesai dan saya boleh usaha dan usaha selagi yang mampu. TTC waittt aa..after next month saya akan start balik berTTC! Itu tekad saya! :)


i cried because i have no shoes..until i saw a man with no feet..
Life is full of BLESSINGS
SoMeTiMes We'Re BLiNd To See ThEm 

:)

Wednesday, November 23, 2011

Zas zas zas dah 23 november 2011

Assalamualaikum

6 days to go..waaaaaaa! cepatnya masa berlalu. zas zas zas dah 23hb dah arini. perghhh! Wekend lepas saya pon zas zas gak cari ape yang patut. hahaha. Bukan ape alang2 tade ape nak buat kat umah jom la kita memeriahkan mall2 yang ade. hihi.

Mula-mula menapak ke kuantan parade. Misi mencari novel. Tapi sedih ok sedih time ni sebab saya kan tak penah beli novel sekali nak beli tak tahu nak pilih. hehehehe ;p Then, pk punya pk cane ni nak pilih novel yang kusyuk utk di baca nanti. hurmmm. Rumet saya bg cadangan yang bernas suh saya baca sinopsis kat belakang novel tu satu2 then die cabut dlu tunggu kat luar. ceeei! wakaka. Bernas betul idea u rumet! ;p Saya baca punye baca dah penat berdiri saya mencangkung plak last last kosong gak tak tahu gak yang mana best. hahaha. Tanak beli kang bosan nanti. hurmmm. Then, saya panjanggggkan sket akal saya ni pilih novel yang nampak comel. wakaka. Lastly.........

jeng..jeng...SeRasi SehaTi..hihihi..

Cover depan die yg cantik plus comel plus menarik d mata saya, dats y i choose diz one. hihi.

Malamnye pulak kami pegi giant. Misi utama adelah beli toiletries untuk check in kat gh nanti. Kena la sediakan toiletries ye sebab ni bukan kat ph. kehkehkeh. Macam sebulan nak duduk gh. Maklumla pestime okeh. Pestime! Jakunnye mestilah lebih. hihi.

Done!

Then, singgah guardian jap tengok tengok ape yang patut sebab sebelum tu my rumet remind me pasal pati ikan haruan so try la pg terjah kat guardian kot2 ade. Sekali tengok harga BEST VALUE RM29.++ sen! Eh! Macam murah sebab saya tak hingat harga die sebenar. Tanya2 akak promoter kat situ die cakap harga die RM35.90 biasanya. Wah! lumayan! Rembattttttt satuuuuu. hee.

satu kotak ade 6 botol sy tanak buka lagi kotak ni so xleh lagi nk show off kat korang.. :)

Amacam? ADE BERANI tak nak telan? kihkihkih.

Oke, sume barang dah ade! Tinggal nak selongkar laci je lagi cari minyak gamat untuk letak kat luka luar nanti. Nasib baik minyak gamat hasil rembatan kteorang masa g langkawi awal tahun ni ade lagi. Fuhhh! legaaaa. Alhamdulillah. Rasanya sume dah ade kot. Ermmm..

Ni je lagi yang tinggal cukup rasanye...satu sebulan so leh guna for 2 months lah kot :D

Tak dilupakan juga tisuuu! wahahaha! eh yang ni penting ni. Saya adelah pengguna tisu tegar. hahahaha! Gambar tisu tade ye ;p

psttt...tidak dilupakan juga quran dan surah yasin. Yang ni paling penting sebenarnye! :))

Friday, November 18, 2011

Misi mencari novel

Assalamualaikum

Saya ni cam chipsmore kan? kejap ade kejap tade kejap wujud kejap tak. gitu lah lebih kurang tambah tolak darab bahagi sume..hahahaha..hoverrr! ;p Actually semalam saya legaaaaaaaaaa gile kot pas abes exam. Lepas dah satu beban tinggal satu beban lagi yang menanti hari. hihi. 11 days to go...

Sebelum saya check in seharusnya la saya perlu buat persediaan fizikal dan mental ok. hahaha. Cam nak masuk sukan sea la plak kan. pang! Eh tapi saya rasa tindakan saya ni betul dah. Cari novel untuk hilangkan kebosanan dalam wad nanti. hee. Ramai kot yang cakap dok wad bosan dikelilingi persekitaran yg tak menarik. wahahaha. Saya tak penah check in wad lagi sebelum ni dan tak penah rasa cane dok dalam wad tu yang terlebih buat persediaan tu. ngehngehngeh.

Ok. Skang ni saya dah start bayangkan cane rupe saya dok dalam wad tambah ngan tak sakit selama dua ari dan seterusnya mungkin akan sakit lepas tu untuk beberapa hari. ceewahh! hahaha. So, untuk mengisi masa lapang selama 2 hari sebelum sakit tu saya bcadang untuk cari novel yang bleh menyebabkan saya tak fokus sangat dengan persekitaran hanya fokus pada novel saje. Bijak tak idea saya? dushhh! Orang masa tu baca quran la hazila woi bukan baca novel! ishhh.

Lagi hari hari yang tinggal lepas operate tu mesti dah tade selera nak wat pape kan. Nak tido jela kejenye kalau dah sakit. hahaha. So, time after operate tayah pk nak wat pe pk time before operate je lah. hee. Start from today, saya akan menapak ke kedai2 buku berhampiran cari novel yang menarik hati untuk dibaca nanti. ecewahhh! Lagi bagus kalau leh pinjam orang punye kejap. hahahaha. jimat2. ;p


Novel-novel ni cambest. Leh cari neh sebab saya bukan hantu novel pon, saya search tajuk kat tenet je..yang tajuk2 best bleh la beli nanti. Tak kisah la yang latest ke tak asal best dibaca sudahh! hahaha. Tajuk Cinta 3 Suku cam tajuk paling best! hahaha. :D
                                 

Friday, November 11, 2011

Jangan Mengeluh

Assalamualaikum

Dah alang2 terbuka tertulis terblog ni. eh sume ter ter ter aje ni padahal dah rinduuuuuuuu sangat nak berblogging. hahaha. dushhh! Makanya saya nak share info ni untuk kawan2 sekalian. Saya terjumpa pasal ni kat salah satu laman web masa tengah cari info2 pasal nak exam 17.11.11 nanti tu la. Jom kita muhasabah diri. :)

Kita selalu bertanya pelbagai hal tetapi ingatlah Al-Quran punya segala jawapannya untuk segala kehidupan dan kejadian di alam semesta ini.. Renungkanlah.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." 
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST? QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!! QURAN MENJAWAB
"… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12





Everythings happen...back to quran insyaAllah kita tidak akan sesat di dunia dan juga di akhirat :)

5 days to go

Assalamualaikum

11.11.11..Cantik kan tarikh arini. Ramai yang pilih tarikh yang dianggap unik dan bertuah ni untuk akad nikah, untuk bersalin dsb. cehh! ayat saya makin skema nampaknya maklumla ari2 kot baca artikel2 yang bertuah itu. Ermm..harap2 tarikh bertuah saya pada 17.11.11 ni. :)

Sabar ye kawan-kawan, lama betul la saya tak hupdate blog ni sebab busy study. Kata orang nak berjaya kenelah usaha kalau tak cane nak bejaya. For me, kita tak boleh mengharapkan rezeki datang bergolek golek atau melayang layang tanpa usaha. Usaha tu penting. Fail or pass belakang cite.

Ramai je cakap study bagai nak rak tapi tak jugak lulus baik tayah study. Ok! stigma tu harus di ubah ye. Kita usaha yang mana mampu, lulus tak lulus DIA yang tentukan. Mungkin ini bukan yang terbaik untuk kita kan. DIA saja yang tahu apa yang terbaik untuk kita, sape lah kita untuk melawan takdir. 

Saya memang mengharapkan exam ni saya lulus tapi saya tak terlampau mengharap. Bagi saya pengalaman tu penting. Kalau dah Allah tentukan ini rezeki saya, maka dapatlah saya keje ni kalau tak mungkin ade keje yang lagi bagus untuk saya tengah menanti saya. :) Stigma positif tu penting! 

Akhir sekali...kalau ade yang sudi baca blog ni marilah kita sama2 doakan segala urusan kita di dunia dan di akhirat di permudahkan dan segala usaha kita diberkati olehnya walau apepon yang kita lakukan. :)


pstttt..nak exam lagi cuak kot dari nak operate. ape punya manusia la saya ni kan. hikss. Exam spm pon saya tak secuak macam ni, exam kat U lagi la tak cuak sangat sebab bleh tengok muke geng cari inspirasi kalau taleh jawab. hihi. Mungkin exam kali ni saya sorang2 kot tu yang cuak lebih tu.. bukan cuak sebab takut taleh nak jawab soklan exam ni. kehkehkeh! ;p